Saiz Kolam Ikan Talapia

Perlukah kita tahu tentang saiz kolam ikan talapia? Atau boleh saja buat saiz kolam ikan talapia sesuka hati? Jawapannya – Tidak. Saiz kolam ikan talapia haruslah mengikut saiz yang telah ditetapkan. Saiz ini pula ditentukan mengikut anggaran kuantiti benih ikan talapia yang ingin korang ternak.

Saiz Kolam Ikan Talapia

Jadi kali ini kita akan menyentuh mengenai saiz kolam ikan talapia yang bersesuaian.

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yg mulai menceburkan diri dalam ternakan talapia. Kenapa agaknya? Sebab membina kolam talapia memerlukan modal yang ‘agak’ rendah. Di samping jenis penjagaan yang ringkas, mudah dan jimat masa.

Paling penting, ia mendatangkan keuntungan yg lumayan!

Jenis-jenis kolam ikan tilapia

Kolam ikan talapia yang sesuai dibina terdiri daripada 4 jenis. Antara 4 jenis kolam-kolam yang bersesuaian tersebut ialah;

1. Kolam simen
2. Kolam tanah liat
3. Kolam kanvas
4. Kolam plastik tank

Walaupun dibina daripada bahan yg berlainan, ukuran untuk 4 jenis kolam ini hendaklah standard. Maksudnya – saiz yg betul untuk jumlah ekor ikan talapia betul. Tak perlu susah hati atau gusar akan ukuran saiz kolam ikan talapia, kerana sama sahaja ukurannya. Nanti akan diterangkan..

Satu lagi, kolam yang perlu korang sediakan kena lebih dari satu. Ia untuk pengasingan ikan-ikan talapia apabila sudah hampir tempoh penuaian. Tetapi yang ini tidak semestinya sama saiz dengan kolam utama.

Itu akan diceritakan pada korang di akhir nanti, ok.

Saiz Kolam Ikan Talapia

Saiz untuk setiap kolam hendaklah berukuran 70 kaki × 200 kaki. Ini akan mampu menampung 15,000 ekor ikan talapia dalam satu masa. Kedalaman setiap kolam pula mesti melebihi 1.0 meter.

Untuk pengetahuan korang, nak tambah di sini bahawa kedalaman itu boleh je 1.0 meter atau 1.5 meter. No problem.

Tak perlu dalam-dalam sehingga terlebih pula nanti. Kalau korang baru saja nak bermula dalam bidang ternakan tilapia ini, saiz kolam ikan talapia menjadi topik utama untuk korang kaji atau perkara utama yang perlu korang tahu.

Saiz kolam berukuran kecil

Saiz kolam ikan talapia yang normal untuk setiap benih ikan yang bersamaan 15,000 ekor talapia ialah berukuran 70 kaki × 200 kaki dan kedalaman setiap kolam pula mesti melebihi 1.0 meter.

Itu adalah saiz standard.

Namun, saiz kolam ikan talapia ada juga yang berukuran kecil, hanya untuk ternakan makan harian. Orang kata – kolam ikan tepi rumah.

Misalnya – saiz untuk 200-500 ekor ikan talapia, anggaran 90cm × 60cm × 30cm untuk saiz kolam ikan talapia yang bersaiz kecil dan bukan untuk tujuan berniaga. Itu adalah saiz yang sesuai untuk menternak di rumah sahaja, yang hanya berukuran 8 kaki hingga 10 kaki sahaja.

Untuk memudahkan pengiraan korang: 1 meter = 3 kaki. Kalau 4 meter berapa kaki? Lebih kurang 13 kaki atau 13.12 kaki untuk lebih tepat lagi.

Tapi perlu diingatkan, saiz kolam ikan tepi rumah ini hanya untuk beberapa ratus ekor benih ikan talapia sahaja. Jangan cuba-cuba lepaskan benih melebihi jumlah tersebut.

Kerana semakin banyak ikan yang ingin diternak, semakin besar saiz kolam ikan talapia yg diperlukan.

Malangnya, info untuk saiz kolam ikan talapia adalah sangat sedikit dan sukar untuk mendapatkan info-info tersebut.

Penting mengetahui saiz kolam ikan talapia serta warna jenis kolam

Saiz kolam adalah perkara terpenting untuk penternak titikberatkan. Selain itu, warna kolam juga tidak kurang pentingnya dalam penternakan ikan talapia. Ini kerana, warna untuk kolam ikan talapia memberi kesan terhadap ikan-ikan tersebut.

Antara warna-warna yang sesuai adalah;

– hitam
– biru
– hijau tua
– coklat tua

Jika warna selain ini digunakan, saiz kolam tilapia akan kelihatan lebih besar atau lebih kecil. Selain itu, suasana yg dihasilkan oleh warna (selain warna di atas ) memberi kesan kepada ikan-ikan tilapia. Contohnya sifat semulajadi ikan itu sendiri akan berubah menjadi agresif atau menjadi mabuk ikan.

Pernah dengar tentang mabuk ikan? Ikan pun mabuk ke? Hehe.. Ya, ikan juga ada satu sifat mabuk, iaitu apabila ikan tersebut bermain di atas tepi air dan tidak mahu masuk ke dalam air hingga mengakibatkan kematian.

Selain daripada itu, ikan-ikan tersebut boleh mengalami kisah seram atau mengerikan sekiranya warna lain digunakan sebagai penganti latar dinding atau dasar kolam ikan-ikan tersebut.

Antara yang boleh digunakan ialah, jaring hitam, kanvas biru, lapik biru dan juga kain atau tali berwarna coklat dan sebagainya yang bersesuaian untuk sekeliling kolam tersebut.

Saiz kolam ikan tilapia yg dinyatakan di atas adalah saiz standard. Kalau korang nak ternak tilapia dalam bilangan yg lain, saiz kolam juga berubah.

Jadi kolam yang dibina perlulah dipelajari daripada yang pakar, maksud aku bukan apa. Kadang kala ada juga si bijak pandai nak menunjukkan kehandalan dengan menyarankan membina kolam secara membabi buta sahaja, kemudian berlaku ‘kesesakan’ ikan dalam kolam. Malah lebih parah lagi, kolam tersebut pecah.

Malu bertanya sesat jalan, itulah yang boleh diungkapkan dengan kejadian tersebut. Ada yang kata,”aku dah google”. Betul, google memang memberi info yang tepat, padat dan berguna. Namun, korang yang masih tidak mahir tidak boleh memandai dalam bidang-bidang yang perlu kita ketahui dan dipantau oleh yang mahir.

Kolam Pendua

Saiz kolam pendua ikan tilapia atau kolam yang kedua tidak perlu sebesar yang pertama. Kolam pendua hanya untuk penempatan sementara, jadi kecil sudah memadai.

Tujuan utama kolam pendua adalah untuk pengasingan ikan yang sudah matang dan boleh dijual. DI samping, mencegah daripada ikan matang memakan benih-benih ikan yang masih kecil.

Ada juga aku tengok, segelintir penternak memasukkan ikan yang sudah matang ke dalam plastik. Ini juga tiada masalah.

Plastik apa tu? Plastik utk menyimpan ikan yang telah matang bagi tujuan pemasaran dan jualan langsung kepada restoran dan pembeli kecil. Plastik juga haruslah berwarna jernih dan tidak gelap, sama peranannya dengan kolam ikan tilapia namun untuk tempoh masa yang singkat sahaja.

Ada juga kolam yang bersaiz besar tapi kedalamannya terhad jadi ia tidak bersesuaian, kedalaman kolam tersebut mestilah mengikut anggaran yang telah ditetapkan.

Kalau korang perasan, ada penternak membina kolam yang kecil, ini kerana dia beranggapan saiz kolam yang kecil memerlukan kos yg kecil. Tapi tahukah korang, saiz kecil atau besar mengeluarkan kos yang hampir sama!

Jadi, pilihan terbaik ialah membina kolam yang besar saiznya dan menternak lebih 15,000 ekor benih ikan tilapia untuk menjadikannya satu platform untuk berniaga.

Sebagai penutup, aku nak berpantun sikit:

Anak-anak bermain ting-ting,
Ting-ting dimain ditaman bunga,
Saiz kolam ikan tilapia amatlah penting,
Semoga bermanfaat untuk korang semua.

Hehe, semoga berjumpa lagi.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

Panduan asas penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?

Leave a Comment

error: Content is protected !!