Bisnes Ikan Tilapia

Ingin menjana pendapatan dengan bisnes ikan tilapia? Ketahui permulaan atau pengalaman dalam bisnes ikan tilapia. Nampak mudah bukan? Hanya menjaga ikan sahaja. Namun jom ambil tahu apa yang perlu kita tangani di sebalik tabir. Hehe.. Maksud aku di sebalik kisah kejayaan dengan memulakan bisnes ikan tilapia ni.

Bisnes ikan tilapia

Daftar, Lesen Dan Pinjaman

Boleh ke terus je miliki kolam ikan tilapia atau terus je menternak ikan tilapia? Korang jangan tak tahu, untuk memulakan bisnes penternakan ikan tilapia, korang kena mendaftar dan membuat lesen untuk mendapat keizinan dari pihak berkuasa supaya korang boleh menjana pendapatan dengan bisnes ikan tilapia ni.

Pendaftaran syarikat/perniagaan adalah perkara pertama korang kena buat selepas tu diikuti dengan perlesenan untuk kolam. Untuk mendaftar dan membuat lesen tersebut, mestilah menggunakan modal kan.

Apabila pinjaman dipohon, lesen dan pendaftaran diperlukan. Namun, jika korang tidak perlukan pinjaman daripada mana-mana pihak, lesen dan pendaftaran tetap diperlukan untuk tujuan perundangan masa akan datang. Jadi, untuk tidak timbul isu akan datang, aku syorkan korang sediakan payung sebelum hujan.

Aku sebenarnya banyak pengalaman dari pembekal, yang bercerita tentang kisah sambil lewa akhirnya membawa keburukan. Jadi pada korang yang ingin meneruskan atau memulakan bisnes ikan tilapia, ini adalah satu info yang lengkap untuk korang fahami dan pelajari dengan mudah.

Bantuan Ilmu Dan Pemasaran

Mencari ilmu hingga ke negeri china, itu sabda nabi Muhammad s.a.w. Itu pesan untuk kita bukan, jadi begitu juga dalam semua bidang kita haruslah belajar. Ilmu dalam memulakan penternakan ikan tilapia tidaklah sedikit. Malah ramai penternak boleh memberi tips (kalau korang rajin berjumpa mereka).

Dan korang sebagai bakal penternak mesti mencari ilmu untuk mempelajari ilmu-ilmu sedemikian. Yang mana ilmu tersebut tidak berbayar dan korang boleh praktikkan menjadi sumber pendapatan pada masa akan datang.

Ilmu dalam bisnes penternakan ikan tilapia sangat penting dan korang kena rajin mencari ilmu dimana jua korang berada. Aku juga masih mencari ilmu walaupun bukan bidang bisnes ikan tilapia lah hehe. Besar modal tu. Telah aku nyatakan tadi kan ,tips-tips yang paling berharga adalah tips dari penternak yang lain.

Ini kerana pengalaman jatuh bangunnya mereka dapat korang pelajari dari mereka. Pepatah mengatakan “gagal sekali tidak beerti gagal selamanya” ,dan juga “pengalaman mengajar erti kesabaran”. Andai saja korang bertanya kepada setiap penternak ikan tilapia pernahkah mereka gagal, tipulah kalau mereka jawap tidak.

Jadi korang kena dapatkan tips-tips dan mendengar kisah perjalanan mereka yang sudah berjaya menternak ikan tilapia. Malah korang kena bersabar dengan ujian dan akhirnya berjaya dalam bisnes ikan tilapia. Sebenarnya, semua pengalaman begitu aku rasa. Dalam apa-apa jua bidang betul tak korang?

Ikan Tilapia, Ikan Yang Popular

Untuk bisnes ikan tilapia,bukan sahaja ikan yang popular malah ia sudah miliki peminat yang tersendiri. Selain itu, bisnes penternakan ikan tilapia ini juga boleh mendatangkan keuntungan yang besar. Ini kerana modal yang sedikit namun keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sebelum atau selepas korang menternak benih ikan tilapia tersebut, korang boleh mencari atau mengumpul pemborong dan pemborong kecil. Seperti pemilik restoran, pemborong pasar tani, dan pemborong untuk produk tertentu seperti ikan pekasam tilapia dan sebagainya.

Ini bertujuan apabila ikan tilapia sudah matang, pembeli sudah ada. Maka, tidak perlulah kita bersusah hati kerana tiada pembeli.

Pemborong-pemborong ini akan setia pada korang jika korang menjaga kualiti ikan tilapia tersebut. Bisnes ikan tilapia ini mendapat tempat dimata para penternak kerana ikan tilapia adalah ikan yang paling senang untuk diternak atau dijaga.

Permintaan Ikan Tilapia Yang Tinggi Dan Tahan Lasak

Aku sebagai peminat ikan tilapia, memang tidak menafikan kelazatan dan kemanisan isi ikan tilapia.

Disebabkan isinya yang kenyal dan manislah ia menjadikan ikan tilapia ini tinggi permintaannya di pasaran. Aku akan sokong setiap penternak yang ingin mulakan bisnes menternak ikan tilapia ini.

Ikan tilapia ini juga sejenis ikan yang tahan lasak,mengapa pula? Ikan tersebut boleh berada lama dalam keadaan air surut, dan jika ada terluka dibadan pun masih hidup lama.

Ini kerana kenyalnya isi dan tebalnya sisik ikan tilapia itu. Bisnes ikan tilapia juga sesuai untuk penternak yang nak cepat pulangan modal dan untung.

Harga Pasaran Ikan Tilapia

Oh ya,korang mesti nak tahu harga pasaran ikan tilapia ini sekarang.

Harga runcit /1kg

  • Tilapia hitam : RM13
  • Tilapia merah: RM18

Harga borong /25kg

  • Tilapia hitam: RM8
  • Tilapia merah:RM10

Selain daripada itu, untuk korang yang tidak tahu,benih ikan tilapia atau benih tilapia juga mendapat sambutan dikalangan pemancing untuk dijadikan umpan memancing dan penternak ikan tilapia.

Tidak disangka benih ikan tilapia itu boleh mendatangkan hasil ye, hehe. Aku nak beritahu korang contoh harga jualan benih ikan tilapia ialah kiraan ekor. Harga benih ikan tilapia dalam anggaran 10 sen – 30 sen seekor.

Risiko dan cabaran besar

Adat meniaga untung dan rugi, tapi apakah rugi yang korang kena hadapi. Setiap bisnes ada untung-rugi, begitu juga dalam bisnes ikan tilapia. Korang kena bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran dan risiko tersebut.

Aku nak gitau pada korang antaranya tiga jenis risiko kerugian atau cabaran yang besar sekiranya korang terpilih untuk menyertai bisnes ikan tilapia.

Detik-detik kerugian adalah apabila terjadinya cuaca hujan dan mengakibatkan banjir. Ia akan terganggu jika kawasan kolam ikan tilapia tersebut berada dikawasan banjir. Jadi mungkin akan terjadi kehilangan beberape ekor ikan, samaada matang atau benih, harap-harap jika ia berlaku pun, tidaklah semua ikan habis dibawa arus ye.

Risiko kedua ikan tilapia ternakan korang mati. Sekiranya ikan tilapia korang mati, ia adalah risiko yang terbesar kerana memakan masa untuk menunggu ikan yang lain menjadi matang dan siap untuk dituai. Namun korang harus sabar okey.

Situasi yang paling besar dan sukar juga mencabar ialah apabila kawasan korang tiada perkhidmatan air atau perkhidmatan air ditutup sementara. Ini tidak semua hadapi la. Tapi aku nyatakan juga utk menambah pengetahuan bersama.

Jika selepas korang mencuci kolam, ia masih boleh okey. Namun, jika sudah dua minggu kolam korang tidak bercuci, korang merancang untuk mencucinya hari ini namun diduga air tiada. Korang senyum sahajalah.

Risiko jika kolam tidak dicuci dan keadaan kotor tidak dijaga boleh mengakibatkan ikan-ikan tersebut mati. Jadi, sebelum ia terjadi, eloklah korang merancang dan mencegah sedaya upaya. Jadi, korang macam mana? Masih ingin teruskan? Ya? Syukur baguslah, begitulah semangat yang kita inginkan.

Risiko Penternakan Ikan Tilapia

Antara risiko penternakan bisnes ikan tilapia, aku nak cerita pada korang persediaan yang korang perlu hadapi. Pertama, korang mesti tahu saiz kolam dan jumlah ikan tilapia. Ikan yang ingin korang ternak jangan terlalu banyak hingga menyebabkan kolam akan padat lalu mengakibatkan ikan-ikan mati.

Kedua yang berisiko ialah kualiti air. Kualiti air jangan biarkan sehingga kotor. Sebab tulah aku selalu tekankan perlunya kolam pendua, untuk mengalihkan ikan-ikan dan kemudian membersihkan kolam yang utama kerana air yang kotor boleh mengakibatkan kematian ikan yang mendadak. Boleh rugi besar wo..

Cara pemberian makanan pula risiko ketiga yang jarang penternak lakukan. Makanan untuk ikan tilapia ini perlu diberi pada masa dan tempat yang sama. Namun bukan setiap hari, untuk ikan tilapia tiga kali seminggu dan mengikut kuantiti yang sama, jumlah kuantiti ikan tilapia dengan kaedah pengiraan yang betul.

Korang perlu rujuk cara pengiraan untuk makanan dan kuantiti ikan tilapia. Makanan tidak boleh berlebihan tau.

Sabar dalam Bisnes Ikan Tilapia

Dalam bisnes penternakan ikan tilapia ni, apa yang aku ingin fokuskan kepada korang ialah kesabaran yang amat diperlukan. Apabila korang memulakan sesuatu bisnes, terutama sekali bisnes ikan tilapia ini, korang perlu banyakkan kesabaran dalam menghadapi semua rintangan dan ujian yang mendatang. Sabar kan sebahagian daripada iman, dalam tak sedar, dapat juga pahala. Hehe.

Aku doakan korang berjaya dalam bidang yang korang ceburi terutamanya dalam bisnes ikan tilapia ini. Dan jangan lupa belanja aku tilapia bakar cicah sambal ya. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum..

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

Panduan asas penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

2 thoughts on “Bisnes Ikan Tilapia”

  1. Tuan kenapa ikan saya batu ternak lebih kurang 2 inch.mati setiap hari.air saya dah taruk filter .water pum.sebagai oksigen.tapi setiap hati mati 2-3 ekor.apa sebab ya?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!