Kali ini kita akan berbual mengenai ternakan ikan tilapia dalam kolam. Mula-mula sekali, korang kena tahu bahawasanya Ikan tilapia mempunyai dua jenis spesis yang diketahui umum, ikan tilapia hitam dan ikan tilapia merah (atau ikan tilapia albino).
Ikan tilapia ni adalah spesis ikan air tawar. Kenapa ramai yg mahu menceburi bidang ternakan ikan tilapia ini? Ini adalah kerana ikan tilapia mudah untuk diternak dan tidak cerewet dalam bab pemakanan.
Contoh makanan yang sesuai seperti dedak, hampas kacang tanah, soya, pallet dan sebagainya namun terdapat juga makanan semulajadi seperti bentos, neckton, plankton, lumut, tumbuhan air dan lain lain.
Kalau korang belum tahu, setiap jenis kolam ikan tilapia mempunyai kelebihan dan kekurangan yg tersendiri. Contohnya, kos untuk pembinaan kolam ikan tilapia di atas tanah adalah lebih murah jika nak dibandingkan dengan kolam tilapia jenis simen.
Tapi apabila melihat tentang penjagaannya pula, kolam ikan jenis simen lebih senang dicuci jika dibandingkan dengan kolam jenis atas tanah ini.
Namun kedua-dua jenis kolam ikan tilapia ini sesuai digunakan.
Apa yg paling penting, kolam ikan tilapia yang hendak dibina perlulah menepati ciri-ciri kolam yang baik untuk memastikan ikan tilapia yang diternak dalam kolam tersebut dapat membesar dengan baik, besar dan sihat.
Oleh yang demikian, ciri asas yang korang perlu beri perhatian lebih sedikit adalah: jenis tanah yang korang nak buat kolam ikan tilapia.
Kedua ialah bentuk kolam ikan tilapia yang korang inginkan seperti segi empat atau segi lima (pentagon) misalnya. Seterusnya ialah kedalaman kolam ikan tilapia yang sesuai.
Satu lagi yg tidak kurang pentingnya ialah keselesaan kawasan sekeliling. Akhir sekali, keluasan kolam ikan tilapia yang bersesuaian dengan benih ikan tilapia yg korang miliki.
Menyentuh tentang jenis tanah. Tidak semua tanah sesuai untuk dibina kolam. Ini disebabkan, tanah yang baik adalah tanah yang boleh menakungkan air. Contohnya adalah tanah liat.
Jika korang nak membina kolam ikan tilapia di atas tanah jenis berpasir, air yang korang masukkan ke dalam kolam akan sentiasa berkurangan. Tanah jenis berpasir adalah tidak bersesuaian untuk dibuat kolam. Kerana sifatnya yang kurang menakung air.
Ikan tilapia amat popular dan mudah untuk dijual, lebih-lebih lagi ikan tilapia yang dijaga di dalam kolam. Ini kerana pemakanan yang terjaga dan tidak kotor isi perutnya. Membuatkan isinya lebih kenyal dan rasanya manis. Berbanding yang terdapat di sungai dan parit yg dikatakan berbau lumpur.
Menternak ikan tilapia dalam kolam tanah liat atau kolam simen, kedua-dua cara ini boleh diguna. Namun harus dipelajari teknik, kawasan sesuai, dan alatan yg wajib ada untuk menternak ikan tilapia.
Satu fakta yg agak menarik mengenai ikan ini: kalau korang nak tahu, masa memberi ikan tilapia makan haruslah di tempat yang sama dan pada masa yg sama atau hampir sama. Waktu pemberian makanan ialah dua kali. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang .
Lokasi Kolam
Untuk persediaan membuat kolam ikan tilapia, korang jangan memilih lokasi yang senang dinaiki air banjir kerana berisiko untuk menanggung kerugian besar. Korang perlu memilih kawasan yang senang untuk air mengalir, seperti terdapat longkang atau parit berhampiran. Selain mengelak risiko banjir, ini juga bertujuan memudahkan korang semasa proses penukaran air kolam tersebut.
Bilangan Benih Ikan Tilapia Dalam Satu Kolam
3000-5000 benih ikan tilapia boleh dilepaskan untuk sebuah kolam. Benih ikan tersebut terlebih dahulu dimasukkan ke dalam plastik (sekurang-kurangnya setengah jam). Ini untuk penyesuaian suhu. Kemudian benih ikan tilapia tersebut hendaklah dilepaskan secara perlahan-lahan. Pastikan kawasan sekeliling kukuh dan tidak mudah pecah jika kolam tersebut berlandaikan tanah liat.
Kolam ikan tilapia pendua perlu disediakan khas untuk pengasingan sekiranya ikan tilapia sudah sedia untuk pemasaran. Ikan tilapia dalam jagaan atau dalam kolam boleh mencecah seberat 500g dalam masa 6-8 bulan.
Pemberian Makanan
Untuk permulaan, korang perlu memberi 30kg makanan sehari, tapi kematian ikan pasti berlaku. Jadi, jumlah ikan pasti akan berkurang dan jumlah makanan harian perlulah korang kurangkan berdasarkan jumlah ikan tilapia yang tinggal. Proses pengurangan dari semasa dan semasa perlu dilakukan hasil pemantuan korang. Ini boleh mengelakkan korang melakukan pembaziran dari segi makanan ikan tilapia tersebut.
Untuk air yang bersesuaian diisi ke dalam kolam ialah air sungai, mata air dan juga tali air. Ujian kualiti air juga perlu dilakukan sebelum sesi taburan benih dan mesti mengikut spesifikasi yang ditentukan. Utk kesesuaian dan diketahui umum, spesifikasi yang dititikberatkan ialah kadar oksigen terlarut, karbon dioksida, pH, suhu air dan juga ammonia.
Bukan itu sahaja, untuk mengusahakan ternakan ikan tilapia dalam kolam ini juga perlukan baja kolam untuk penyesuaian dan penyuburan kolam. Baja Fostat dan Baja Nitrogen boleh ditaburkan ke dalam kolam dan dibiarkan selama dua minggu untuk menyuburkan kolam ternakan ikan tilapia sebelum sesi pelepasan benih dijalankan.
Kerja ternakan ikan tilapia dalam kolam ini tidak terlalu sukar, namun terdapat juga beberapa hal yang menyulitkan. Antaranya ialah penyakit ikan. Ya, ikan juga ada penyakit. Oleh sebab itu, korang harus sediakan kolam lain yang sesuai untuk korang jadikan tempat kedua jikalau penyakit ikan terjadi. Jadi krisis ini senang untuk ditangani.
Penyakit ikan tersebut boleh hadir atau berkemungkinan hadir sekiranya kolam dan air tidak dijaga dengan baik, kotor yang mengakibatkan pencemaran, keracunan, banyak kematian ikan di dalam kolam. Selain itu, banyak lagi antara punca utama penyakit ikan tilapia boleh terjadi.
Selepas semua proses penjagaan dalam kolam korang da selesai, masa yang dinanti-nantikan telah tiba iatu penuaian hasil. Hasil yang membawa keuntungan dan kepuasan selepas kepenatan menjaga dan menternak ikan tersebut. Proses akhir ini dipanggil tuai atau pemasaran sebenarnya.
Penuaian Ikan Tilapia
Ikan tilapia boleh dituai apabila sudah mencapai saiz 550-600 gm seekor. Bagi tujuan pemasaran di restoran dan hotel, keutamaan diberikan kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Oleh yang demikian, cara pembungkusan harus dipelajari bagi memastikan ikan yang dijual sampai dalam keadaan masih hidup pada pembeli.
Manakala ikan yang bersaiz antara 480-500 gm sangat sesuai untuk dijual di pasaran tempatan seperti pasar tani dan pasar malam. Kemudian boleh ulangi semula proses awal iaitu benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam kolam lain yang telah diberitahu di awal tadi.
Untuk mencapai saiz purata 600gm seekor, ia mengambil masa 5-6 bulan lamanya. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap kolam adalah sebanyak 680-860 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 360-480 kg untuk sesebuah kolam.
Ikan tilapia boleh dalam keadaan terkejut atau stress, jadi untuk mengelakkan perkara tersebut, proses penuaian ikan hendaklah dilakukan dalam keadaan yang baik.
Pada masa ini pasaran tidak tertumpu di kawasan tertentu malah boleh melebarkan sayap pasaran hingga ke luar negeri.
Pemasaran ikan tilapia
Pemasaran ikan tilapia boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan ikan mati. Menjual Ikan tilapia hidup membolehkan penternak mendapat harga lebih tinggi. Harga jualan borong untuk ikan tilapia adalah antara RM4.50 – RM5.50 sekilogram, manakala harga runcit pula adalah RM5.00 – RM8.00 sekilogram.
Ternakan ikan tilapia dalam kolam adalah satu idea yang baik untuk memulakan kerjaya yang mendatangkan hasil yang tinggi dan kerja yang amat mudah. Tidak perlu bergantung kepada pekerja, korang boleh lakukannya sendiri. Ikan Tilapia juga mendapat permintaan yang tinggi di restoran-restoran dan di pasaran tempatan serta luar negara.
Semoga bermanfaat untuk korang semua, sedikit ilmu dapat dikongsikan di sini.
Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:
Penutup
Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?
Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..
Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..
Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..
Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..
Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.
Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan Talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar Talapia ini? Mari ketahuinya..
Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang famous. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan Talapia yg mungkin belum anda ketahui!
Besarkah modal yg diperlukan untuk memulakan penternakan ikan tilapia? Baca perkongsian mengenai modal ternak ikan tilapia ini. Jom..
Kebanyakan rakyat Malaysia suka ikan ini. Tetapi apakah khasiat ikan Talapia? Adakah ia memberi manfaat kepada mereka yang suka memakannya?
Talapia merah menjadi kegemaran para penternak ikan air tawar. Sebagai bakal penternak, adakah korang tahu apakah makanan ikan talapia merah?
Di Malaysia, 3 jenis talapia iaitu ikan talapia merah, ikan talapia hitam dan ikan talapia biru. Jom lihat asal usul ikan talapia di Malaysia..