Tidak perlu diperkenalkan lagi ikan air tawar yang dipanggil tilapia ini. Ikan yg seekor ini sudah cukup terkenal di kalangan masyarakat kita. Malah, cara penternakannya juga amatlah mudah dan senang. Sebagai bakal penternak, korang harus ada persediaan dan pengetahuan mengenai cara ternak ikan talapia ini.
Isi Kandungan
Untuk permulaan, bela ikan talapia ini, perlu korang teliti agar cara yang korang lakukan adalah betul dan tidak salah sehingga mengakibatkan kerugian yang besar. Dalam menjaga, menternak dan mengurus ikan tilapia ini, ada cara-cara yang betul. Dan teknik-teknik menternak ikan tilapia yg korang amalkan haruslah berpandukan fakta yang betul.
Sehingga mencapai kejayaan dan membuahkan hasil yang lumayan dan berbaloi kata orang. Cara ternak ikan talapia di bawah ini akan cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap satu cara tersebut.
Kolam yang sesuai
Sediakan tempat yang sesuai untuk bela ikan talapia, yakni kolam. Kawasan kolam yang tidak sesuai misalnya tempat kawasan banjir, tiada tempat pembuangan air dan sebagainya.
Untuk penjagaan tempat yang sesuai haruslah disediakan tempat yang ada tempat pembuangan air dan kawasan yang tidak banjir. Kawasan kolam yang sesuai adalah isu yang pertama dan yang paling utama dalam usaha membela ikan talapia ini.
Kenapa?
Kalau korang dah buat kolam tanah ikan tilapia, tiada cara mudah utk memindahkannya ke tempat yang lain yg lebih selamat.
Mendapatkan benih ikan tilapia
Untuk memilih benih ikan tilapia, kena perhatikan perbezaan harga pasaran dan kuantiti benih ikan tersebut. Harga tidak sama. Lain pembekal, lain sedikit harganya.
Setelah memilih benih ikan tilapia yang tahan lasak, pastikan pembekal bungkus elok di dalam plastik atau diletak di dalam balang atau bekas yang terjaga rapi. Pemilihan benih ikan tilapia adalah langkah kedua dalam cara menternak ikan ini.
Benih ikan tilapia ini dipilih dari segi saiz dan harga. Harga yang mahal bermaksud kualiti benih ikan tilapia yang bagus. Tetapi tidak selalunya. Korang kena teliti dahulu. Pastikan benih ikan segar, sihat dan stok baru. Jika sudah lebih seminggu, benih ikan tilapia tersebut, mungkin harga jauh murah. Tetapi tidak sesegar dan sebaik benih ikan tilapia yang baru menetas.
Suhu yg sesuai
Langkah ketiga cara ternak ikan talapia ialah mencari masa yg sesuai dan kenalpasti suhu air yang sesuai sebelum benih ikan tilapia dilepaskan ke dalam kolam. Bukan masa untuk benih ikan dilepaskan sahaja, malah masa korang melepaskan juga perlu sesuai. Jangan masa korang tengah marah, nanti ikan pula jadi mangsa hehe. Gurau..
Makanan ikan talapia
Makanan utama ikan talapia selain daripada makanan semulajadi ialah dedak, soya, pallet makanan, hampas kacang dan sebagainya.
Bukan tentang makanannya yang nak dicerita tapi tentang cara-caranya. Caranya ialah makanan hanya diberikan dua kali dalam tempoh tiga hari dan bukan hari-hari. Ha korang baru tahu kan?
Selama ni bagi hari-hari? Ikan banyak mati? Itulah punca kematian ikan itu sebab makanan menganggu persekitaran ikan-ikan tersebut.
Korang perlu ambil tahu cara ternak ikan tilapia yg betul, walaupun ikan tilapia ini ikan yang tahan lasak namun ia juga boleh mati jika tidak betul cara menternaknya.
Bagi korang yang nak tahu makanan ikan talapia dengan lebih detil lagi, boleh rujuk perkongsian sebelum ini yang menerengkan jenis makanan dan pola pemakanan ikan talapia di Makanan Ikan Talapia Merah.
Penjagaan kolam
Selain makanan, langkah seterusnya ialah proses penjagaan dan kebersihan kolam. Meskipun ikan tilapia ini ikan air tawar dan hidup bersama lumut-lumut, ranting kayu dan lain-lain. Namun jika ikan tilapia ini diternak, kesemua itu tidak diperlukan. Korang kenalah cuci dengan kerap supaya air di dalam kolam bersih dan terjaga.
Bukan kehidupan kita sahaja perlukan kebersihan tau, ikan tersebut juga perlu. Proses cuci kolam ini dilakukan pada kebiasaannya dua kali seminggu atau tiga kali seminggu mengikut keadaan kolam yang kotor.
Kolam yang kotor boleh menjadi punca kematian. Sebab itu, ramai penternak mengalami kerugian yang besar kerana pengetahuan mengenai cara pembersihan kolam tidak diketahui. Mereka fikir kolam tersebut tidak perlu dibersihkan kerana menyangka ikan tilapia boleh hidup dalam kolam yang jarang dibersihkan.
Itu adalah perkara yang tidak benar . Aku harap korang jangan jadi sepeti itu. Pastikan kolam ikan tilapia haruslah bersih sentiasa.
Kolam pendua wajib ada
Cara ternak ikan tilapia seterusnya ialah sediakan kolam pendua. Ini jarang dibinangkan dengan penternak-penternak baru seperti korang hehe. Betulkan korang penternak baru? Kerana ia biasanya melibatkan kos tambahan, dimana penternak baru masih belum bersedia sepenunya.
Kolam pendua diperlukan untuk dua perkara utama, iaitu proses cuci kolam dan proses pengasingan ikan yang matang.
Kolam pendua ini tidak perlu besar, namun jangan kecil sangat pula. Proses pengasingan ikan yang sudah matang dan benih ikan tilapia dibuat di kolam pendua ini. Ikan yang sudah matang atau dipanggil proses tuai perlu diasingkan dengan benih ikan tilapia, ini kerana ikan yang sudah matang boleh memakan benih ikan lalu mengakibatkan kerugian yang besar.
Jadi, itulah kegunaan kolam pendua. Selepas pengasingan ikan yang matang, ikan tersebut boleh dijual dan siap untuk pemasaran. Ikan tilapia yang sudah matang mendapat sambutan yang tinggi lebih daripada benih ikan tilapia.
Fasa pengasingan
Fasa seterusnya ialah fasa pengasingan. Bukan fasa 1, 2 yang merentas daerah atau negeri tu. Fasa pengasingan ini adalah cara ternak ikan talapia yg penting. Fasa pengasingkan ini tidak jauh beza dengan fasa asingkan ikan tilapia yang matang benih ikan tilapia.
Untuk tiga perkara di atas, pengasingan, matang dan pengasingan benih ini memerlukan kolam pendua.
Pemasaran
Ternik pemasaran juga tidak kurang pentingnya dalam cara ternak ikan tilapia. Dimana ia adalah cara yang paling dinanti-nantikan oleh penternak. Inilah fasa yg mendatangkan hasil dan keuntungan selepas perbelanjaan besar dalam perniagaan yang telah korang laburkan.
Ikan tilapia ini sudah ada peminat tersendiri. Namun korang kena tahu cara pemasaran yang betul agar ia menjadi tumpuan masyarakat atau pembeli. Cara pemasaran ikan tilapia sama ada mentah atau sudah dimasak mendapat sambutan yg baik.
Pihak berkuasa
Melibatkan pihak berkuasa bukanlah termasuk di dalam cara-cara menternak ikan tilapia. Tetapi ia perkara yang korang kena lakukan. Supaya pada masa akan datang, apabila lesen diminta, korang sudah bersedia supaya tidak susah dikemudian hari.
Ada tempat yang tidak perlu lesen, namun jika korang ingin menjual ikan di pasaran dan di luar kawasan, lesen diperlukan kerana ia melibatkan aktiviti perniagaan. Jadi, aku masukkan jugalah ini dalam cara ternak ikan tilapia yang agak penting. Iaitu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa. Kebenaran untuk kawasan penternakan, lesen perniagaan ikan tilapia, lesen menternak ikan tilapia.
Perbelanjaan Modal
Perancangan perbelanjaan untuk modal dan pengasingan modal dan untung. Modal juga korang mesti uruskan dengan betul dan pengasingan pusing modal serta untung diasingkan supaya nampak hasilnya dan akan rasa berbaloi.
Bijak dalam pengurusan perbelanjaan dan sediakan keluar masuk jumlah wang supaya kewangan dapat dikawal dan korang boleh catatkan keluaran kewangan. Setiap bulan korang boleh semak sendiri data di mana untung rugi telah dicatatkan. Ingat tau, korang catat jangan tak catat.
Di pengakhiran nasihat aku, ialah setiap yang berniaga pasti ada untung atau rugi. Itu adalah asam garam dalam perniagaan. Jadi, untuk cara ternak ikan talapia yg dikongsikan ini bukan sukar tetapi tidak juga mudah. Korang perlu peka dan titikberatkan dan jangan ambil mudah sebelum memulakan langkah ke dunia penternakan ikan tilapia.
Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:
Penutup
Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.
Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?
Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..