Cara Buat Kolam Ikan Tilapia

Pelbagai petua berlegar di kalangan para penternak bila topik cara buat kolam ikan air tawar dibuka. Apatah lagi, dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan berskala besar. Antaranya ialah bekalan air haruslah sesuai: seperti sungai, mata air, taliair dan air bukit dan kawasan tersebut hendaklah jauh dari kawasan banjir dan tempat tinggi. Ini pula petua berkenaan cara buat kolam ikan tilapia..

Cara Buat Kolam Ikan Tilapia

Bentuk dan tapak kolam

Bentuk mukabumi yang landai juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan lokasi kolam ikan air tawar. Tapi seboleh-bolehnya korang haruslah memilih tapak yang airnya mengalir mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos bil elektrik.

Selain itu, pastikan ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dan lain-lain). Korang harus pandai dalam pemilihan buruh, pekerja membuat kolam dan waktu persediaan kolam.

Korang juga kena cuba mahirkan diri dalam meneka cuaca , banjir atau kemarau. Pihak pemborong akan meninjau dan memastikan tempat pembekal ikan tilapia mereka dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Ini juga salah satu cara memasarkan ikan tilapia. Pemborong adalah pihak yg penting dalam aspek pemasaran hasil ikan talapia.

Petua dan kebersihan kolam

Di antara pesan dan petua dalam cara buat kolam ikan air tawar ialah perancangan sebelum membina sesebuah kolam seperti reka bentuk kolam, susunan kolam, kuantiti kolam, kedudukan bangunan dan juga luas sesuatu kolam.

Aspek kebersihan yang harus penternak tahu ialah pembersihan kolam sebelum diisi benih ikan tilapia, ia bertujuan agar tiada lumut atau kotoran-kotoran lain.

Korang perlu bersihkan kawasan di mana kolam ikan air tawar untuk ikan talapia akan dibina. Di keliling kawasan kolam tersebut, supaya apabila kolam siap dibina, laluan di antara kolam dan korang ada.

Kolam perlu dikorek

Cara buat kolam ikan tilapia ialah korang perlu mengorek kolam, korang boleh menggunakan jentera berat atau cangkul bagi saiz kolam ikan air tawar yang kecil.

Kolam yang besar pula menggunakan JCB atau hitachi. Kedalaman kolam yang untuk sesebuah kolam ikan air tawar yang bersesuaian ialah lebih kurang 4 hingga 5 kaki. Ini adalah anggaran kedalaman kolam ikan tilapia.

Perkara penting dalam cara buat kolam ikan tilapia

Korang perlu membuang lumpur-lumpur, sisa-sisa tanah dan ratakan lubang-lubang pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Ada juga yang menggunakan simen untuk
meratakan permukaan lantai kolam ikan air tawar untuk tujuan tanah tidak mendap dan berlubang.

Selain itu, tumbuhan perlu dibuang agar air yang akan diisi tidak akan kotor dan tidak memberi kesan kepada kualiti air kolam ikan air tawar tersebut.

Korang juga perlu menaburkan kapur kepada dasar, tebing dan juga batas kolam ikan tilapia. Biarkan di bawah sinaran matahari sekurang-kurangnya 2 minggu.

Banyak kebaikan kapur dalam kolam, diantara kebaikan pengapuran adalah pada jangka masa lama ia akan menambah ketahanan kolam dan melicinkan struktur permukaan. Ini bagi kolam tanah.

Cara buat kolam ikan tilapia juga melibatkan fasa-fasa yang berikut. Iaitu selepas dasar kolam kering dan kukuh serta keras, bolehlah korang isi air. Kemudian korang teruskan ke fasa seterusnya, iaitu baja ikan ditabur.

Ini selepas 1/3 kolam penuh dan biarkan 3 jam baja ikan ditabur, ini untuk membiakkan makanan semulajadi ikan talapia iaitu lumut, rumpai air, lalang air dan plankton.

Ikan tilapia atau benih jangan dilepaskan awal

Korang jangan lepaskan ikan lagi tau, kerana kolam belum siap sepenuhnya. Ikan tilapia akan dibenarkan dilepaskan setelah atau sekurang-kurangnya dua minggu sehingga air kehijauan. Ini bagi memberi masa membiakkan makanan semulajadi iaitu plankton dan lain-lain tadi.

Selain daripada menjadi makanan semulajadi ikan tilapia, yg menjadikan kolam lebih segar dan terus tumbuh dengan mekar dan sihat. Tumbuhan akuatik ini juga bertindak sebagai penapis air semulajadi. Berperanan penting dalam pembuatan kolam ikan tilapia. Kerana ia juga membekalkan oksigen yang diperlukan oleh ikan-ikan tersebut.

Dalam memastikan kualiti air dalam kolam tetap baik dan sesuai dihuni oleh ikan tilapia. Satu lagi yg tidak kurang pentingnya ialah filter tambahan. Fungsi filter tambahan itu berperanan seperti jantung penguat dalam kolam ikan tilapia tersebut.

Sebabnya adalah kerana filter ini yang membuat air tetap jernih dan menapis kotoran yang terhasil daripada najis ikan tilapia dan plankton. Bagaimanapun, plankton tetap penting dan sisi positifnya menjadi makanan yang baik untuk ikan. Ia sama seperti bakteria baik dan jahat untuk ikan la.

Malangnya, ada yang salah faham tentang kegunaan filter ini. Apabila sudah menggunakannya, adakah korang tidak perlu membersihkan kolam tersebut lagi? Itu adalah perkara yang salah. Mengabaikan kebersihan kolam ini perlu dititik beratkan.

Sebab itu, penggunaan filter ini jarang dicadangkan untuk digunakan. Ekoran ramai penternak salah faham tentang penggunaannya. Sebab itu, filter ini tidak diperkenalkan kepada semua penternak ikan-ikan tilapia. Walhal, filter kolam memiliki banyak fungsi. Antaranya bertujuan untuk menapis kotoran yang hancur daripada terkena mata dan masuk hidung ikan.

Bukan mudah tapi Tidak Sukar Juga

Persepsi awam, cara buat kolam ikan tilapia adalah mudah. Namun tidak. Walaubagaimanapun, mungkin mudah jika korang mengikut cara yg betul dan sudah berpengalaman.

Paip PVC juga boleh digunakan untuk saluran pembuangan air daripada kolam. Pelbagai lagi cara buat kolam ikan tilapia yang ringkas dan memerlukan kos yang rendah. Namun perlu diulang selenggara dalam sebulan sekali atau dua bulan sekali. Ini kerana ketidaktahanan kolam akibat pembinaan menggunakan kos yg rendah.

Bagi kos pembinaan yang tinggi, tiada kos keselenggaraan dalam masa sebulan hingga dua tahun. Tetapi perlu diselengara selepas melebihi tempoh tiga tahun ke atas.

Selain itu, masih ada cara buat kolam tilapia yg khusus yg wajib dilakukan seperti tebing kolam yang patut ada di sekeliling kolam tersebut.

Untuk meningkatkan ketahanan kolam ikan air tawar dan menambah kekukuhan pertahanan kolam. Ia perlu ditahan dari dalam dan luar dimana kedua-dua bahagian perlu disekat atau ditanam dengan besi atau batu bata.

Menguji Kolam Ikan Tilapia

Akhir sekali setelah semua fasa pembuatan kolam ikan air tawar selesai dilakukan. Tibalah masa untuk menguji kolam yg dah dibina. Bagaimana caranya? Lepaskan ikan tilapia yang besar. Seekor atau beberapa ekor. Sebelum benih ikan tilapia dilepaskan. Ujian kolam untuk melihat keserasian ikan tersebut dengan kolam tersebut.

Selepas satu minggu ujian dijalankan, jika ikan tilapia itu masih hidup maka kolam dah kira siap dibina dan sudah boleh beroperasi. Namun, jika ikan tilapia itu mati atau kolam merekah atau bocor, cari dimana punca kesalahan atau kesilapan pada cara bina kolam ikan tilapia.

Ia harus dikesan dalam masa satu minggu selepas ujian dijalankan. Kerana, jika air yang diisi di dalam kolam penuh dan ketahanan kolam tidak kuat ia akan pecah dan merekah.

Jika ikan mati pula, ia disebabkan oleh ikan tidak sesuai dengan suhu air atau suasana yang tidak kondusif bagi ikan tersebut.

Jadi, ujian ke atas seekor ikan amat diperlukan dahulu sebelum benih ikan lain dilepaskan ke dalam kolam ikan tilapia baru.

Peringatan: Korang kena pantau selang dua hari, sebelum menjelang seminggu. Kerana, mungkin ketahanan ikan boleh tindakbalas lebih awal. Bahkan dalam tempoh satu hingga tiga jam cepatnya saja. Jika tidak ada keserasian atau kesesuaian ikan di dalam air dan suasana kolam tersebut.

Harap info yang aku berikan ini bermanfaat dan korang kena praktikkan ya.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

Panduan asas penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!