Permintaan Ikan Tilapia Di Malaysia

Jika sebut ikan tilapia, memang ia tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun ada juga bukan peminat ikan tilapia. Walaupun ada juga yang tidak berminat dengan ikan tilapia, namun permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong juga peniaga restoran.

Permintaan Ikan Tilapia Di Malaysia

Permintaannya tinggi di seluruh persekutuan termasuk Sarawak. Masih banyak lagi pembekal yang baru di setiap negeri dan juga sudah lama dan mahir dalam selok belok ikan tilapia. Ikan tilapia dikenali di setiap negara, begitu juga di Malaysia dan permintaan ikan tilapia di Malaysia.

Antara negeri yg mencatat permontaan yg lebih tinggi ialah di negeri Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang. Sehingga setiap negeri yang mempunyai permintaan tinggi sudah ada dua hingga tiga pembekal ikan tilapia. Sebenarnya ikan tilapia mempunyai tarikan tersendiri rasanya dan setiap negeri di Malaysia ada permintaan namun di Kelantan dan Sabah kurang permintaannya.

Permintaan Tinggi di Sarawak, Perak Dan Kedah

Permintaan di negeri Perak dan Kedah sangat tinggi hinggakan negeri itu mempunyai pembekal sehingga lebih 5-10 pembekal dan masih mendapat sambutan yang tinggi. Pembekal￾-pembekal sedia ada masih bertahan dan meneruskan legasi perniagaan kerana permintaan ikan tilapia di Malaysia masih relevan dan masih ada pemintaan oleh pembeli runcit, pemborong dan
peniaga restoran.

Begitu juga di Sarawak,pembekal ikan tilapia sudah ada 2-3 pembekal sehingga sekarang kerana permintaan yang tinggi di negeri tersebut. Sama juga di negeri Sarawak pembelinya terdiri dari pembeli runcit, pemborong dan pengusaha restoran. Malah lebih ramai yang berminat untuk menternak sendiri tanpa menjual. Ternak untuk makan pada mereka itu lebih menyenangkan dan jimat.

Selain daripada menjual di dalam negeri masing-masing, para pembekal bijak pandai dalam berniaga, mereka mencari pemborong dan agen untuk memperbesarkan perniagaan mereka. Jadi jualan mereka para pembekal tidak hanya didalam negeri malah diluar negeri juga. Tugas agen adalah paling mudah iaitu menjadi orang tengah tanpa perlu mengeluarkan modal.

Oleh kerana itu, perniagaan mereka sentiasa berkembang. Korang kena contohi cara perniagaan tersebut. Disebabkan itulah permintaan ikan tilapia di Malaysia semakin tinggi dan tinggi kerana proses perkenalan ikan tilapia itu semakin berkembang dan dikenali.

Permintaan di Negeri Sembilan dan Terengganu

Di Negeri Sembilan hanya ada satu pembekal (pada ketika atrikel ini ditulis) walaupun permintaan disana tinggi namun masih belum ada pembekal yang lain dan tidaklah tinggi berbanding negeri Perak, Kedah dan Sarawak.

Terengganu juga ada pembekal ikan tilapia namun tetap juga tidak cukup ramai. Apa kata korang yang berada disana cepat-cepat cuba terajui bidang ini hehe. Kena faham bukan semua ingin menjadi penternak berikutan kerana modal dan penjagaannya. Jadi ia amat sukar untuk pembekal di negeri yang hanya bergantung kepada satu pembekal sahaja. Ada juga pembekal yang mengambil pesanan ikan tilapia dari pembekal luar negeri. Jadi sikap tolong menolong sesama perniagaan diteruskan dan masih berjalan. Alhamdulillah.

Permintaan ikan tilapia di Malaysia ini kekadang diorong oleh masa-masa atau perkara tertentu. Misalnya apabila popularnya sesuatu resepi, contohnya viral masakan berasaskan tilapia. Jadi disebabkan masakannya yang viral maka ikan tilapia mendapat permintaan yang tinggi.

Contoh masakan yang pernah dan masih popular adalah seperti ikan tilapia tiga rasa digoreng garing, terliur pula aku. Sambal kering dan masak taucu. Ini terdapat di mana mana restoran yang mempunyai hidangann ikan air tawar. Selain itu, restoran ikan bakar juga ada yg menyediakan ikan tilapia bakar cicah air asam, tentunya ikan tilapia wajib ada di mana-mana restoran tersebut. Disebabkan ramai peminat ikan tilapia inilah maka permintaan ikan tilapia di Malaysia tinggi.

Isi ikan tilapia

Isi ikan tilapia ini menjadi punca utama permintaan ikan tilapia di Malaysia tinggi . Ini kerana isinya yang lemak,lembut,manis dan kenyal. Apabila ia dimasak dengan apa jenis masakan pun, rasanya tidak jauh beza dan masih segar dan sedap malah masih segar biarpun sudah sejuk dihidangkan.

Untuk korang yang ada rasa ingin menjadi pembekal, penternak ikan tilapia, jangan risau. Permintaan ikan tilapia di Malaysia masih tinggi dan mendapat sambutan biarpun telah ramai menceburi bidang penternakan ikan tilapia ini. Jadi, korang boleh mulakan dan teruskan.

Ikan tilapia mempunyai isi yang tahan lama seperti korang simpan dalam peti ais beku selama seminggu, rasa isinya masih segar dan itulah keupayaan isi ikan tilapia dan menjadi alasan mengapa ikan tilapia mendapat sambutan yang amat baik. Dan bertambah baik.

Korang sebagai peminat atau peniaga? Jika peminat ikan tilapia pasti korang bersetuju dengan aku bukan. Memang sudah nyata, dan fakta isi ikan tilapia ini ada sesuatu yang menarik dan permintaan ikan tilapia di Malaysia menjadi lebih tinggi

Penternakan sendiri bukan perniagaan

Kadang kala, permintaan ikan tilapia di Malaysia menjadi tinggi bukan kerana dari peniaga restoran dan pemborong sahaja, permintaan ikan tilapia di Malaysia menjadi tinggi kerana masyrakat yang ingin menternak dengan sendiri, untuk makan sendiri.

Adakala kerana trend sekarang yang semua berada di rumah lantas disebabkan itu ramai yang rajin dan berusaha ingin menternak ikan tilapia dirumah. Tak tahu lah apa cerita ikan tilapia yang diternak hanya di akuarium dirumah sahaja. Tapi itu pun ramai juga yg ikut. Sebagai hobi.

Pernah suatu ketika, permintaan ikan tilapia di Malaysia merundum turun dan permintaan menjadi sedikit ini berikutan kerana kisah viral ikan tilapia beracun. Itulah korang pernah dengar bukan,”tak pasti jangan kongsi”.

Disebabkan kisah itu viral, masyarakat takut untuk makan ikan tilapia namun setelah diselidik dan dikaji. Rupanya itu hanya berita yang palsu. Malaysia tidak terlibat, negara luar yang mana ada ikan tilapia yang bertoksik dan beracun. Tidak ada di Malaysia dan ikan tersebut sangat jarang dijumpai. Tapi hampir serupa bentuk dengan ikan tilapia.

Alhamdulillah, selepas kejadian itu, permintaan ikan tilapia di Malaysia menjadi semakin pulih dan sikit demi sedikit kian berubah. Dan semakin ramai yang menjadi peminat ikan air tawar ini.

Perut pun sudah berkeroncong, apa kata aku bagi korang satu resepi yang korang boleh viralkan hehe.

Resipi Ikan tilapia masak lemak cili padi

Masak lemak cili padi sedapnya, selain daripada tiga rasa, masak lemak cili padi juga boleh dijadikan masakan untuk ikan tilapia. Jadi ini resepinya

Bahan A

Ikan tilapia 1 ekor(disalai)
Kunyit 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Bahan B

Daun serai 2 batang
Daun limau purut 4 keping
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Garam secukup rasa
Cili padi 10 tangkai (dikisar)
Bawang merah 2 biji (dikisar)
Santan 1kotak
Sedikit air
Cili besar
Tomato 2biji
Bendi 5biji

Cara Menyediakan:

Korang salai atau bakar dulu ikan tilapia tu. Kalau korang nak belah dua, belah sebelum bakar. Kemudian korang tumis bahan dikisar dan kemudian, masukkan air kemudian masukkan bahan B
kecuali tomato dan bendi. Selepas mendidih, masukkan ikan dan tomato juga. Dah siap. InsyaAllah ini bolen menjadi menu hits di restoran korang.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

Panduan asas penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

Leave a Comment

error: Content is protected !!