Pelbagai makanan yang sihat diperkenalkan untuk ibu mengandung. Dan ada juga pantang larang ibu mengandung tidak boleh makan minum seperti air bergas dan makanan pedas tidak digalakkan. Namun ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.
Isi Kandungan
Diantaranya berbagai nutrisi, asid lemak, omega 3, omega 6 yang terdapat di dalam ikan tilapia ini. Ikan tilapia baik untuk ibu mengandung / berpantang kerana ia bukan salah satu ikan yang berbisa dan termasuk dalam kategori ikan yang tak gatal. Petua orang dulu-dulu – jangan makan ikan yang berbisa. Betul tak?
Jadi oleh kerana ikan tilapia merupakan ikan yang tidak berbisa, maka ia boleh dimakan sewaktu mengandung dan berpantang. Namun ia tidak diperkenalkan kepada korang dari dahulu kerana ia sukar untuk didapati suatu masa dahulu.
Sekarang ikan ini sudah membiak lebih 500,000 ribu ekor di seluruh negara-negara asia dan kini ia sudah popular di negara kita, iaitu Malaysia.
Ikan tilapia yang dibela atau diternak lebih terjaga kebersihannya jadi ia menjadikan isi ikan tilapia tersebut lebih kenyal dan manis dan sesuai dijadikan ikan untuk ibu berpantang. Ikan tilapia ini juga mempunyai vitamin B12, kalium selenium, fostor hingga niacin.
Ikan tilapia dikaji kebaikannya
Ikan tilapia juga dikaji oleh saintis USA ,TAIWAN DAN THAILAND dimana di dalam kajiannya, setiap 100 gram, terdapat nutrisi berikut:
- 24% kalori
- 128% protein
- 26g niacin
- 24% lemak
- 3g vitamin B12
- 31% fostor
- 20% AKG selenium
- 78% AKG potassium
Dan banyak lagi yang tidak dinyatakan, Namun ia baik untuk kesihatan. Kemudian, aku selitkan kebaikan ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang ialah dalam nutrisinya mencegah ibu dan anak daripada kurang bertenaga dan nutrisi memainkan peranan dalam membekalkan tenaga.
Aku juga tertarik dengan kolagen yang terdapat dalam isi dan kulit ikan tilapia, isi dan kulit ikan tilapia ini membolehkan penyembuhan luka di badan manusia dan juga boleh melicinkan kulit wajah.
Jika korang tidak percaya, boleh amalkan dua minggu sekali pemakanan ikan tilapia. Ini yang dikatakan ikan tilapia baik untuk ibu mengandung / berpantang kerana protein dan khasiatnya semulajadi, ia tidak perlu ditambah apa-apa bahan selain dimasak seperti biasa.
Setiap ikan ada protein bukan? Tapi kelebihan ikan tilapia ia mempunyai lebih protein, lebih nutrisi, lebih lemak omega dan lain-lain.
Protein tinggi dari ikan yang lain
Ikan tilapia ini mempunyai protein yang tinggi dan rendah kalori dan tiada karbohidrat. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang sangat berkhasiat dalam memberi tenaga yang semulajadi.
Kajian menunjukkan kandungan asid lemak, omega 3 dan kalium merupakan kandungan yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Itu salah satu perkara yang istimewa, berikutan ibu dan anak boleh dilindungi daripada penyakit sakit jantung lebih awal dari usia dalam kandungan lagi.
Ia juga baik untuk ibu mengandung terutama sekali untuk jantung bayi. Kalsium untuk bayi yang dikandung juga ada didalam kajian. Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan bayi di dalam perut, menguatkan gigi dan tulang bayi.
Selain itu, khasiat zat besi juga terdapat didalam isi ikan tilapia. Makanya ikan tilapia baik untuk ibu mengandung kerana terdapatnya zat besi dan protein secara semula. Jadinya, si ibu dan bayi mendapat daya tahan tubuh yang sihat.
Ikan tilapia baik untuk ibu mengandung atau berpantang
Kesimpulannya, ikan tilapia untuk ibu mengandung adalah boleh, baik dan menyihatkan. Jangan korang gusar dalam mengambil ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang kerana ia
telah dikaji selidik oleh pakar.
Kadang kala korang takut-takut nak makan sesetengah jenis makanan, sebab kita tak tahu apa yang baik apa yang tidak. Macam ikan tilapia ini, kita tak pasti samaada ia boleh dimakan semasa berpantang atau tidak boleh.
Ya, jawapannya – boleh. Ikan tilapia sejenis ikan air tawar dan ia tidak gatal. Ikan tilapia mempunyai protein yang banyak dan kulit ikan tilapia mempunyai kolagen dan membantu dalam penyembuhan luka dan ia sangat baik dalam merawat luka selepas bersalin.
Hidangan menentukan khasiat
Ikan tilapia bakar yang mengandungi protein, kalium, kalsium kemudian sup halia ikan tilapia mempunyai kuah yang berkhasiat, boleh memberikan tenaga dan mengembalikan kesegaran tubuh badan.
Ikan tilapia lada hitam memberikan kembali kesegaran badan, tenaga dan baikpulih luka dalaman. Seterusnya ialah ikan tilapia singgang, ia membantu mengeluarkan peluh-peluh untuk proses perkumbuhan dan melawaskan sembelit.
Ikan tilapia sangat baik untuk ibu berpantang, untuk proses menambah susu badan kerana kalsium yang tinggi didalam isi ikan tersebut. Untuk memperbanyakkan susu badan, ikan tilapia boleh dimasak kukus tanpa limau. Ini kerana limau mempunyai asid yang akan mematikan nutrisi ikan tersebut, jadinya limau tidak dperlukan didalam menu berpantang.
Selain itu, bubur tilapia – buang tulang dulu. Jangan ditelan pula tulang tu nanti banyak kisahnya hehehe. Satu lagi, sup halia tilapia tadi juga antara hidangan yang boleh memperbanyakkkan susu badan, ia membantu proses perkumuhan di dalam badan dan membantu hormon korang dibaikpulih.
Jangan risau tentang gatal atau tidak sesuai dibadan, ini kerana ikan tilapia tidak gatal adalah daripada jenis ikan yang tak gatal. Dan ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang adalah boleh diamalkan.
Khusus untuk yang menjaga pemakanan sewaktu berpantang, ikan tilapia ini bagus untuk ibu berpantang. Sebagai seorang bakal ibu,tentu korang nak tahu apa kebaikkan ikan tilapia bukan? Ikan tilapia baik untuk anak dalam kandungan.
Baik untuk kulit bayi dan untuk kesihatan dimana bayi boleh mendapat kalsium yang tinggi sewaktu dalam kandungan. Bayi di dalam kandungan mendapat khasiat dan protein juga kalsium
yang disalurkan oleh si ibu, lebih-lebih lagi ikan tilapia ini banyak kalsium dan protein yang tinggi dan yang baik.
Bagaimana pula berpantang? Ikan tilapia untuk ibu berpantang amat digalakkan kerana ikan tilapia ada penyembuhan luka yang luar biasa. Apa pun, semua diceritakan disini hanyalah ikhtiar
kita. Selebihnya Yang Maha Pencipta yang izinkannya.
Kita hanya perlu berusaha dan mengkaji kebaikan setiap pemakanan. Topik ikan tilapia untuk ibu berpantang / mengandung ini boleh dikatakan sangat mengujakan dari segi kebaikan. Dan dikagumi oleh pakar-pakar kajian makanan.
Sekali lagi ditekankan, keistimewaan ikan tilapia membolehkan kesihatan menjadi baik dan cepat sembuh dan kebal dari demam apabila sup tilapia dihirup. Korang bolehlah cari ikan tilapia untuk ibu-ibu mengandung atau ibu berpantang di rumah tu.
Sekiranya buntu apakah resepi yg sesuai, korang hanya perlu renehkannya menjadikan sup sahaja, ia sudah memadai dan mengandungi khasiat untuk ibu mengandung atau ibu berpantang.
Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:
Penutup
Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.
Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?
Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..
Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..
Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..
Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..