Ikan talapia adalah salah satu daripada ikan air tawar Malaysia. Jika dilihat pada masa kini, ramai penternak yg tidak asing lagi dalam penternakan ikan talapia. Mengapakah mereka begitu obses dalam penternakan ikan talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ini?
Ikan talapia merupakan antara spesis ikan yang menjadi kegemaran bukan sahaja penternak ikan malah pemancing-pemancing juga. Di Malaysia terdapat 2 jenis ikan talapia iaitu ikan talapia hitam dan ikan talapia merah.
Sejarah Ikan Talapia
Sedikit sejarah mengenai ikan air tawar talapia ini ialah ikan talapia sebenarnya berasal dari negara Afrika dan diperkenalkan di Indonesia sebelum ia secara rasminya membuat penghijrahan ke negara kita iaitu Malaysia semenjak tahun 1940-an lagi.
Khasiat Ikan Talapia
Ikan talapia terkenal sebagai sumber protein dalam memacu ekonomi industri penternakan ikan. Ramai penternak ikan talapia menternak ikan ini atas sebab-sebab komersial. Hal ini kerana, ikan talapia ini mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.
Sedikit perkongsian, 100 gram ikan talapia mengandungi 10 miligram kalsium iaitu hampir sama banyak dengan kandungan kalsium pada ikan tuna. Kalsium adalah kandungan mineral yang sangat penting untuk tuland dan otot di dalam badan manusia.
Selain dari kalsium, ikan talapia juga kaya dengan zat besi. Kebanyakan ikan lain di pasaran tidak mempunyai kandungan zat besi yang banyak, namun, ia berbeza dengan ikan talapia yang membekalkan khasiat zat besi untuk badan manusia.
Zat besi amat diperlukan di dalam sel darah merah kita untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, sudah tentulah mengapa ikan talapia ini menjadi rebutan orang kita.
Adakah anda mahu menternak ikan talapia?
Selain daripada khasiat yang diberikan oleh ikan talapia terdapat beberapa kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ini yang harus kalian tahu sebelum memulakan penternakan. Antara kelebihannya ada dihuraikan secara ringkas di bawah..
Membiak dengan cepat
Antara salah satu kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ini ialah ikan talapia adalah spesis ikan yang membiak dengan cepat. Ikan ini juga termasuk dalam golongan jenis ikan yang mengeramkan anaknya.
Sebaik sahaja persenyawaan antara talapia jantan dan betina, induk jantan akan pergi meninggalkan induk betina untuk mengawan lagi. Manakala, talapia betina itu akan pergi mengaut telur-telur yang sudah disenyawakan ke dalam mulutnya untuk diperam.
Selama tempoh pengeraman ini, talapia betina tidak akan memakan apa-apa sehinggalah anak-anak talapia menetas dan boleh menjaga diri mereka sendiri. Jika diikutkan kaedah pembiakan yang betul, sepasang ikan talapia mampu untuk menghasilkan 200-300 anak ikan talapia dalam masa sebulan.
Oleh kerana ini, penternak mudah untuk mendapatkan pulangan modal dengan membuat penternakan di kolam ikan air tawar dengan menggunakan spesis talapia.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembinaan kolam ikan air tawar, sila baca perkongsian berkenaan topik ini di Ternakan Ikan Tilapia Dalam Kolam.
Ikan Talapia ialah Omnivor
Selain itu, kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ialah spesis ikan ini merupakan salah satu haiwan omnivor. Haiwan omnivor merupakan haiwan yang memakan apa sahaja sama ada daging, tumbuh-tumbuhan atau lumut-lumut di dalam kolam.
Ikan talapia ini juga mampu untuk mencerna 60% lumpur melalui sistem penghadaman mereka yang unik. Oleh sebab itu, jika anda yang menternak ikan talapia ini secara kecil-kecilan di rumah, anda tidak perlu khuatir dengan sisa bahan organik yang tidak habis.
Anda boleh memberi sisa bahan organic tersebut kepada ikan talapia untuk memakannya. Ini kerana ikan talapia akan memakan sisa makanan tersebut seperti lebihan daging ayam ataupun sayuran.
Selain itu juga, ikan ini boleh hidup di dalam keadaan kolam atau kawasan yang padat dimana mereka tidak mudah mati walaupun suhu air agak panas pada waktu tengahari di kawasan beriklim tropika.
Talapia yang Tahan Penyakit
Selain daripada itu, kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ialah ikan talapia adalah sejenis ikan yang mempunyai daya ketahanan penyakit. Ia tidak seperti spesis ikan-ikan lain yang lebih rapuh dan mudah diserang penyakit.
Ikan talapia juga adalah sejenis yang tahan lasak. Tetapi, tidak dinafikan, walaupun terdapat beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan ini, penternak tidak perlu risau kerana terdapat cara-cara yang mudah untuk menyembuhkan dan merawatnya.
Hanya terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti oleh penternak untuk mengatasi penyakit tersebut. Ternyata, ikan talapia ini jelaslah senang untuk diternak oleh para penternak walaupun penternak tersebut seseorang yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia penternakan ikan air tawar.
Sumber Makanan Seisi Keluarga
Selain daripada penternak menjual ikan talapia ini dipasar, ikan talapia ini boleh juga dijadikan lauk peribadi keluarga secara percuma. Tidak dinafikan, dengan keadaan ekonomi negara, harga ayam atau daging kadangkalanya agak mahal.
Oleh itu, ianya menjadi satu kelebihan penternakan ikan air tawar talapia kepada penternak yang sudah sedia menternak spesis ikan ini. penternak hanya perlu menangkap ikan yang telah matang dan goreng panas-panas untuk dijadikan santapan keluarga.
Ia bukan sahaja murah, percuma malah juga berkhasiat, selain daripada kaya dengan kalsium dan zat besi, ikan talapia ialah makanan berkualiti yang tinggi dengan protein, omega-3, vitamin dan kandungan mineral dengan lemak yang rendah. jadi, bukankah itu salah satu alternative yang terbaik sebagai sumber makanan?
Jana Pendapatan Sampingan
Seterusnya, bagi kelebihan penternakan ikan air tawar talapia, ikan ini juga dapat menjana sumber pendapatan sampingan kepada penternak. Sudah diterangkan, ikan talapia adalah spesis yang senang dijaga dan diternak. Ianya juga senang membiak.
Oleh kerana permintaan ikan talapia yang tinggi di pasaran, ia akan menjadi salah satu peluang keemasan untuk para penternak menjana pendapatan sampingan. Hal ini kerana, penternak boleh menjual ikan talapia yang sudah matang dan dewasa di pasar tani untuk pengunjung membelinya.
Ataupun, penternak juga boleh menjual anak-anak ikan kepada usahawan-usahawan penternakan ikan air tawar yang lain. Ikan talapia juga sudah mempunyai peminat tersendiri. Ianya juga mempunyai harga yang agak baik di dalam pasaran Malaysia. Jika penternak bertuah, ia akan memberikan pendapatan yang lumayan kepada penternak.
Menjimatkan duit poket
Penternakan ikan air tawar talapia ini dapat menjimatkan wang kita. Jika penternak itu menternak ikan talapia ini di belakang rumah secara kecil-kecilan. Ia boleh dijadikan lauk harian sekeluarga. Daripada membeli ikan di pasaraya, lebih elok kalau menternak sendiri ikan itu di rumah.
Sesetengah orang ragu-ragu untuk makan sesetengah ikan seperti ikan keli kerana tidak tahu sumber makanan ikan tersebut sama ada bersih ataupun tidak. Tapi jika ikan itu diternak oleh kita sendiri. Kita boleh memastikan sumbernya sendiri sama ada dari segi kebersihan dan prosesnya.
Jelaslah bahawa menternak ikan sendiri di rumah merupakan pilihan terbaik seiring dapat menjimatkan duit poket kita. Hal ini juga, menambah diet ikan di dalam diet seharian kita adalah sesuatu yang sihat dan dapat menjaga kesihatan kita.
Kepelbagaian resipi yang enak
Ikan talapia juga digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Ikan talapia boleh dimasak dan dipelbagaikan resipi yang enak. Ia mempunyai daging putih yang lembut ketika dimasak dan mempunyai rasa yang unik.
Ikan ini sedap bila dijadikan ikan bakar dan dicicah dengan air asam. Rasanya pasti terasa bagai di syurga. Ikan ini ada juga yang dibuat goreng, dibuat sup dan banyak lagi resipi yang boleh dicuba. Ramai peminat ikan talapia yang berkongsikan resipi masakan ikan talapia mereka di internet dan ianya boleh dirujuk ke serata dunia.
Kesimpulan
Kesimpulannya, ini adalah beberapa kelebihan penternakan ikan air tawar talapia iaitu sejenis ikan air tawar di Malaysia. Mudah-mudahan perkongsian ini boleh menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mendapatkan info mengenai ikan talapia ataupun bagi mereka yang ingin memulakan penternakan ikan talapia.
Diharap artikel ini dapat membantu dan memberikan semangat kepada anda untuk mencuba penternakan ikan air tawar ini.
Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:
Penutup
Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.
Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?
Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..
Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..
Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..
Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..
Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.