10 Fakta Menarik Ikan Talapia

Tahukah anda fakta menarik Ikan Talapia? Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang sangat terkenal di Malaysia. Ikan talapia merupakan nama umum bagi hampir seratus ikan cichlid dari kumpulan biologi tilapiine cichlid. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan talapia yg mungkin belum korang ketahui!

10 Fakta Menarik Ikan Talapia

Ikan talapia adalah spesis yang mendiami pelbagai kawasan air tawar dan kadang-kadang ia juga boleh ditemukan di kawasan air payau. Ia bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik dan muara.

Selain itu, ikan talapia juga merupakan spesis omnivor iaitu spesis yang memakan daging serta tumbuhan. Ianya lebih cenderung memakan tumbuhan, rumpai laut dan algae. Dari segi sejarah, talapia merupakan ikan yang penting di dalam penangkapan di Afrika dan Levant.

Oleh itu, ia menjadi semakin penting dalam industri akuakultur di seluruh dunia. Ciri-ciri ikan talapia biasanya mempunyai badan yang lebar dan tebal.

Satu set otot yang kompleks membolehkan tulang faring atas dan bawah digunakan sebagai set rahang kedua untuk memproses makanan. Mulut mereka juga sukar untuk ditutup rapat kerana mempunyai bibir yang lebar dan sering bengkak. Rahang mereka juga mempunyai gigi yang berbentuk kon tajam.

Ikan talapia juga mempunyai sirip punggung yang panjang, dan garis lateral yang sering putus pada hujung ekornya. Ikan talapia juga boleh membesar sehingga 2 kaki. Ikan talapia juga sangat peka kepada perubahan suhu sekeliling. Ia juga boleh menyesuaikan diri dengan keadaan suhu yang ekstrim.

Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang ikan talapia. Oleh itu, di dalam artikel ini akan disenaraikan tentang 10 fakta menarik ikan talapia bagi peminat ikan talapia membacanya. Antara fakta tersebut ialah:

Fakta 1: Nama Gelaran Ikan Ini

Ikan talapia mempunyai nama gelaran yang menarik yang anda pasti belum tahu. Di negara luar, adakalanya ikan talapia digelar sebagai ‘frankenfish’. Yang seperti di dalam filem seram itu. hal ini kerana ikan talapia adalah spesis yang mudah untuk menukar genetiknya. Oleh sebab itulah ikan talapia ini digelar sebagai ‘frankenfish’ oleh sesetengah orang di negara-negara luar.

Fakta 2: Pengeluar Terbesar Ikan Talapia Di Dunia

Fakta yang kedua untuk 10 fakta menarik ikan talapia ialah, tahukah anda bahawa negara China merupakan negara yang berperanan sebagai pengeluar terbesar ikan talapia di dunia. Selain itu, apa yang lebih mengejutkan ialah, hampir 50% ikan talapia di negara kita ini datangnya dari negara China.

Ada desas-desus yang mengatakan negara China juga tidak terlalu menjaga kebersihan mengenai ikan talapia mereka. Oleh itu, sebaiknya kita mengelak dari memakan ikan talapia dari negara China dan hanya membeli ikan talapia dari perairan negara kita sahaja.

Fakta 3: Kebanyakan ikan Talapia Datang Dari Mana?

Fakta seterusnya untuk 10 fakta menarik ikan talapia ialah, kebanyakan ikan talapia yang berada di pasaran Malaysia dan dibeli oleh kita sebenarnya datang daripada penternakan kolam ikan oleh penternak-penternak ikan talapia.

Para penternak yang telah memasarkan ikan talapia matang milik mereka di pasaran supaya kita dapat membelinya. Mungkin ada antara kita bahawa ikan-ikan itu datangnya dari pemancing dari sungai tetapi sebenarnya adalah dari penternak ikan yang ramai di Malaysia.

Fakta 4: Sejak Bila Ikan Ini Diternak?

Fakta menarik seterusnya yang boleh kita dapati adalah menurut catatan sejarah dahulu kala, penternakan awal ikan talapia telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu oleh kerajaan mesir purba.

Jadi, spesis ikan talapia ini sudah ada sejak dahulu kala lagi dan diternak oleh kerajaan mesir purba. Mungkin juga itu adalah bagaimana sector perikanan mereka bermula.

Fakta 5: Hidup Dalam Ruang Sempit

Antara 10 faktor menarik ikan talapia yang seterusnya ialah ikan talapia ini mudah diternak dan juga ikan ini sangat senang untuk membiak. Apa yang lebih menakjubkan, ikan talapia juga berkebolehan untuk hidup di dalam kolam atau ruangan yang sempit.

Ikan Talapia juga dapat hidup di dalam pelbagai jenis air dan ianya juga mempunyai diet pemakanan yang mudah. Hal ini demikian, patutlah ramai penternak yang menternak ikan talapia ini sampaikan ada antara mereka yang menternak ikan talapia secara kecil-kecilan di rumah sahaja.

Spesis ikan talapia yang tidak tinggi maintenance dan tidak banyak ragam membuatkan ia digemari untuk diternak.

Fakta 6: Ada Seratus lebih Spesies

Selain daripada itu, 10 fakta menarik mengenai ikan talapia yang lain ialah spesis ikan talapia yang terdapat di dunia ini adalah lebih kurang daripada 100 spesis termasuklah yang berjenis hybrid.

Banyak juga spesis ikan talapia ini rupanya.

Tetapi yang popular di Malaysia pula ada 3 jenis ikan talapia iaitu talapia merah, ikan talapia hitam dan ikan talapia biru.

Fakta 7: Ayam Versi Akuatik

Fakta menarik yang lain adalah untuk pengetahuan anda ikan talapia ini mempunyai gelaran yang lagi menarik selain daripada frankeinfish di luar negara, ikan talapia ini juga ada gelaran lain di Malaysia iaitu ‘ayam versi akuatik’. Mengapakah ianya ayam versi akuatik?

Ikan talapia ini sangat mudah untuk disiang dan dimasak. Ia juga sangat menyelerakan seperti ayam kerana ia mempunyai pelbagai jenis resipi masakan. Boleh digoreng, dibakar, dibuat sup dan lain-lain. Sama seperti ayam. Tidak hairanlah ianya digelar seperti ‘ayam versi akuatik’.

Seperti yang anda semua tahu, ikan talapia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia sangat terkenal di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, di sana ikan talapia merupakan salah satu daripada empat hidangan ikan yang paling popular.

Hal ini adalah sesuatu yang tidak disangka kerana, di Amerika Syarikat selalunya ikan yang popular adalah ikan tuna, ikan salmon dan ikan kod. Tidak sangka rakyat Amerika juga menggemari ikan talapia.

Fakta 9: Spesies Ternakan Lazim

Fakta yang kesembilan ialah, untuk pengetahuan semua, ikan talapia merupakan spesis ikan penternakan air tawar yang sangat lazim dan popular pada abad ke 21 ini. Spesis ikan talapia yang mempunyai pelbagai kelebihan membuatkan ianya sangat popular dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Fakta 10: Tujuan Perubatan

Untuk fakta yang terakhir daripada 10 fakta menarik mengenai ikan talapia adalah, ikan talapia ini boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Laporan mengatakan ada saintis yang menggunakan kulit ikan talapia ini untuk merawat kesan yang melecur di badan manusia. Nampaknya, hingga ke kulit ikan talapia sekalipun ianya sangat bermanfaat kepada manusia. Patutlah ikan talapia ini sangat istimewa.

Kesimpulannya..

Ini adalah 10 fakta menarik mengenai ikan talapia yang mungkin anda tidak tahu, rupa-rupanya banyak juga fakta menarik dan keistimewaan yang ada pada ikan talapia ini. Oleh itu, bagi peminat ikan talapia, diharapkan artikel ini dapat membuatkan anda semua menambah lagi pengetahuan mengenai ikan talapia.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

bisnes penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..

Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.

Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ini? Mari ketahuinya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!