Modal Ternak Ikan Tilapia

Dalam prosedur menternak ikan tilapia, perkara pertama ialah modal. Modal ternak ikan tilapia secara keseluruhan dianggarkan dalam RM20 ribu hingga RM50 ribu. Ini berikutan, untuk permulaan penternakan memakan kos sehingga RM10 ribu hingga RM20 ribu. Kemudian, selebihnya ialah modal untuk barang-barang kecil yang diperlukan.

Modal Ternak Ikan Tilapia

Modal simpanan juga harus disediakan sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti simen batu terkena air lalu mengeras, kolam pecah, tiada elektrik, tiada air dan bermacam lagi kemungkinan yang akan datang. Jadi korang kena sentiasa berwaspada dan bersedia modal untuk waktu kecemasan.

Modal ternak ikan tilapia

Disini disediakan senarai untuk korang lihat. Selain itu, korang juga boleh survey sendiri modal ternak ikan tilapia yang wajib korang adakan untuk menternak ikan tilapia.

  • Jentera JCB (1hari) = RM660 × 7 hari
  • Jentera Hitachi (1minggu) = RM5200
  • Upah pekerja = RM100 (1hari)
  • Paip = RM200
  • Pvc = RM250
  • Kawat duri = RM250
  • Simen batu = RM150
  • Pam air (elektrik) = RM500
  • Tiang besi = RM150
  • Injab = RM100
  • Benih ikan = RM5000-RM6000
  • Kanvas = RM300
  • Jaring plastik = RM70 × 5 atau 10
  • Jaring kanvas = RM100
  • Kolam pendua = RM400-RM500
  • Penyedut air dan barang-barang buang air = RM300
  • Getah paip = RM100 × 2
  • Plastik bungkus, jaring kecil dan lain-lain = RM500
  • Makanan sebulan = RM1500

Ini adalah senarai modal yang aku dapat senaraikan. Korang kena tahu, senarai diatas perlu korang sediakan sekali sahaja bukan setiap bulan. Sekali saja ya..

Kemudian aku akan beri korang lihat senarai yang perlu korang untuk rolling modal. Modal yang korang perlu rolling setiap bulan ialah ;

  • Makanan ikan.
  • Plastik bungkus.
  • Bil elektrik.
  • Bil air.
  • Gaji pekerja(jika ada).

Tidak banyak bukan? Berbaloi untuk menternak ikan tilapia. Benih ikan tilapia tidak perlu beli baru kerana ternakan lama boleh menghasilkan benih yang baru. Tapi korang perlu ambil kira waktu ikan tilapia bertelur dan menetas dan melakukan persediaan perasingan.

Modal ternak ikan tilapia adalah antara modal yang rendah berbanding perniagaan lain dan risiko juga amat sedikit. Setiap perniagaan ada risiko kan. Ia nampak seolah-olah kos permulaan agak tinggi. Namun lebih rendah berbanding perniagaan lain kerana ia sekali sahaja.

Kos modal ternak ikan tilapia ini tidak perlu dikeluarkan lagi selepas itu dan pada masa-masa akan datang. Hanya menjaga pusingan modal dan modal harian dan bulanan. Kecuali korang membesarkan kolam sedia ada atau menambah jumlah kolam.

Dalam proses permulaan penternakan, modal boleh didapati dengan pinjaman dari mana-mana agensi. Jika korang pandai berkomunikasi atau mahir dalam tawar-menawar, korang boleh dapatkan dengan harga borong dari pembekal-pembekal barangan. Ia dapat membantu mengurangkan sedikit perbelanjaan modal.

Modal yang terbaki boleh dibawa ke depan atau dijadikan simpanan untuk masa kecemasan. Kalau korang rasa modal yg disenaraikan di atas agak tinggi, korang boleh juga kurangkan dengan tidak menyewa hitachi dan JCB. Namun, proses menyediakan kolam secara manual (kudrat) boleh memakan masa mungkin 2 hingga 4 bulan lamanya.

Kalau korag sanggup dan kalau korang mahu jimat kos pengalian kolam, jadi ia boleh mengurangkan kos modal ternak ikan tilapia. Modal ternak ikan tilapia dapat dikurangkan lagi jika korang mahir mengali kolam dengan alternatif lain. Contoh alternatif lain ialah mengali dengan menggunakan cangkul, dengan mengupah pekerja atau menyediakan kolam yang bukan dari tanah iaitu kolam plastik dan tangki.

Prosedur pinjaman modal

Antara cara memperolehi modal menternak ikan tilapia yang lazim ialah membuat pinjaman. Untuk prosedur pinjaman modal juga mengambil masa lebih lapan bulan. Jadinya jika korang ingin membuat pinjaman, buat lebih awal untuk tidak membuang masa menunggu proses tersebut.

Ada juga yang tidak layak untuk meminjam, pilihan seterusnya ialah korang boleh beransur-ansur lakukan secara sikit demi sikit. Contohnya korang sediakan kolam terlebih dahulu, pada masa akan datang, sediakan pula kelengkapan seterusnya. Kesabaran amat diperlukan di sini. Kerana jika korang buat sikit demi sikit, jadi ia mengambil masa yang cukup lama untuk siap. jadi kena sabarlah.

Proses tersebut sangat lambat dan korang perlu bersedia untuk risiko kolam tertutup semula akibat hujan, banjir atau mendapan tanah. Jadi proses begini tidak digalakkan. Sebaiknya korang berusaha untuk proses pinjaman. Pinjaman boleh dibuat dimana-mana cawangan bank, koperasi atau pertubuhan yang boleh membantu. Tapi ingat, jangan pinjam di tempat yang tidak sesuai sehingga bergadai pula. Sila jauhi Ah Long..

Modal ternak ikan tilapia ini boleh dirancang dengan baik dan hasilnya juga lumayan. Ia mendatangkan hasil yang tinggi dan korang pasti berpuas hati dengan buah usaha korang setelah sekian lama bekerja keras. Setiap yang dilakukan adalah di atas usaha sendiri dengan bersabar dalam setiap ujian.

Perancangan ditulis dan disusun rapi

Untuk memulakan apa-apa perniagaan pun, korang haruslah membentuk satu organisasi untuk membina perniagaan yang bermodal besar. Walaupun sekejap tadi aku mengatakan ianya modal yang rendah, tapi sesetangah orang menganggap amaun RM20 ribu adalah besar.

Apa lagi jika ia atas pinjaman kerana setiap bulan kita perlu membuat bayaran balik. Bunga bank bukan korang tak tahu. Jadi perniagaan ternakan tilapia korang mesti atau wajib menjadi dan berjaya.

Modal ternak ikan tilapia sebenarnya sekali seumur hidup, jadinya korang untung banyak sekiranya perniagaan korang menjadi dan berjaya. Ia memberi pulangan yang cepat dan proses pembiakan ikan tilapia juga tidak lebih dari setahun. Proses pulangan balik modal dan keuntungannya akan lebih pantas.

Benih ikan tilapia dijadikan modal

Secara teori, jika korang bijak menjaga ikan tilapia tersebut, ia akan membuahkan hasil dalam bentuk benih anak dalam masa 6-7 minggu. Benih itu juga dikira pusingan modal yang korang perlu asingkan untuk proses penternakan seterusnya. Yang untungnya ialah benih ikan tidak perlu dibeli lagi seperti sebelum ini.

Biar betul? Ya betul, malah korang juga boleh mendapatkan hasil dengan menjual benih ikan tilapia, selain asingkan untuk benih ikan tilapia untuk kegunaan sendiri. Jadi bahagikan kepada dua. Tidak perlu lagi korang keluarkan modal untuk membeli benih ikan tilapia.

Penjimatan air semasa proses cuci kolam

Satu lagi kelebihan ternakan tilapia, korang boleh menjimatkan air. Dengan cara, air yang digunakan untuk kolam induk digunakan semula untuk kolam pendua. Dua dalam satu. Korang guna air kolam induk, dialih ke kolam pendua dan proses cuci kolam induk dilakukan.

Kesimpulan

Aku harap ilmu yang aku sampaikan ini korang dapat ikut dan lakukan sehingga berjaya. Jangan berputus asa dalam bidang yang diceburi dan sentiasa berusaha untuk kejayaan. Aku doakan korang sukses.

Sampai disini sahaja perkongsian tentang modal ternak ikan tilapia. Jangan lupa survey sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada harga yang disenaraikan di atas. Ini kerana, harga barangan dan upah tidak sama untuk tempat berlainan. Boleh jadi, kos tidak sebanyak itu di tempat korang.

Satu lagi, jika korang tidak mahu meminjam, korang boleh mula menyimpan untuk tujuan ini. Pesan aku kepada korang ialah jangan yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran ya. Harap korang manfaatkan info yang disediakan.

Akhir kata, modal ternak ikan tilapia adalah antara kos yang cukup rendah dengan kadar keuntungan yang tinggi serta sesuai untuk dijadikan perniagaan permulaan. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

Panduan asas penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..

Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.

Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar talapia ini? Mari ketahuinya..

Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang famous. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan talapia yg mungkin belum anda ketahui!

Leave a Comment

error: Content is protected !!