Ikan Talapia merupakan salah satu spesis ikan yang sangat terkenal di Malaysia. Ianya juga boleh dimasak dengan pelbagai resepi yang enak dan menyelerakan. Di Malaysia, ikan ini popular dengan 3 jenis iaitu ikan talapia merah, ikan talapia hitam dan ikan talapia biru. Walau bagaimanapun, kebenarannya terdapat lebih kurang 100 spesis ikan talapia di seluruh dunia yang mungkin tidak diketahui bahawa ikan tersebut adalah ikan talapia. Jom kita telusuri asal usul ikan talapia di Malaysia..
Isi Kandungan
Menurut cerita turun menurun, asal usul ikan talapia dari Malaysia masih tidak tahu dari segi sejarahnya. Namun begitu, menurut cerita orang dulu-dulu, ikan talapia ini asalnya merupakan tangkapan yang penting di negara Afrika dan Levant. Dikatakan juga, asal usul ikan Talapia ini datangnya dari negara tersebut. untuk ikan talapia hitam yang juga nama saintifiknya ialah oreochromis niliticus merupakan ikan yang datang dari sungai Nil.
Oleh sebab itu, ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya di kawasan sawah padi. Selain daripada itu, ikan talapia juga merupakan ikan ketiga yang terpenting di dunia selepas ikan kap dan ikan salmon. Pengeluaran ikan talapia menjangkau sehingga 1,505804 tan metric pada tahun 2002.
Ikan talapia juga merupakan antara projek akuakultur yang sangat penting di negara-negara yang beriklim sederhana seperti negara-negara ASEAN. Di zon sederhana ini, penternakan ikan talapia ini memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika, kebiasaannya mereka menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.
Untuk asal usul ikan talapia di Malaysia, ikan talapia ini mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 50 an. Pada pertengahan tahun 80 an, talapia merah iaitu spesis kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang lebih menarik mula diternak.
Pengeluaran ikan talapia di dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metric pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metric pada tahun 1999. Bagi di Malaysia, sebanyak 21,266 tan metric ikan talapia telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2002 dengan nilai sebanyak RM 101.86 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah akuakultur air tawar di negara kita.
Untuk pengetahuan semua, Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenalpasti sub sektor akuakultur sebagai industry yang mampu meningkatkan pengeluaran ikan untuk keperluan negara. Selain itu juga, talapia adalah merupakan spesis ikan air tawar utama dalam ternakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selain udang galah, ikan siakap dan udang harimau.
Asal usul ikan talapia di Malaysia sebenarnya tidak diketahui kerana tiada maklumat khusus yang direkodkan oleh jabatan yang bertanggung-jawab. Namun begitu, apa yang diketahui oleh orang ramai, selain daripada ikan keli, ikan talapia juga merupakan ikan yang sangat popular untuk penternakan ikan air tawar di Malaysia.
Hal ini dikatakan demikian adalah kerana ikan ini juga sangat terkenal di negara luar seperti di negara Amerika Syarikat, China, Mesir, Indonesia dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 100 spesis ikan talapia di dunia pada ketika ini.
Namun itu, bagi artikel kali ini, kita akan memperlihatkan anda tentang jenis-jenis ikan talapia yang popular di Malaysia berserta dengan asal usul ikan talapia di Malaysia bersama jenis-jenisnya dan keperluan mereka. Jenis-jenis ikan talapia yang disenaraikan adalah ikan talapia hitam, ikan talapia merah dan ikan talapia biru.
Ikan Talapia Merah
Untuk Ikan Talapia merah. Spesis ini sangatlah terkenal di Malaysia. Oleh itu, mari kita lihat asal usul ikan talapia di Malaysia menerusi spesis ini. Ikan talapia merah juga digelar sebagai ‘Nile Tilapia’ ataupun Oreochromis niloticus. Ikan talapia merah ini berasal daripada benua afrika iaitu di negara-negara seperti Bukina Faso, Cameroon, Chad, Mesir, Ghana, Liberia, Mali, Nigeria, Sinegal, Serra Lion, Uganda, Toko, Sudan dan lain-lain negara di benua Afrika.
Ikan Talapia Merah ini merupakan spesis ikan yang penting sebagai sumber makanan manusia yang mana ia telah diternak hampir di seluruh dunia selain daripada kutub utara dan selatan kerana ikan ini tidak dapat hidup di suhu beriklim salji itu. Ikan ini juga boleh dikatakan menjadi ancaman terhadap sesetengah spesis ikan asal di sesuatu negara yang telah diperkenalkan dahulu.
Untuk ciri-ciri ikan talapia merah ini, saiz terbesar yang pernah direkodkan adalah melebihi 60 cm panjang dan beratnya melebihi 2 kilo. Keseluruhan badan ikan talapia ini adalah berwarna merah termasuklah siripnya dan kadang kala ianya berwarna sedikit kehitaman pada hujung siripnya.
Untuk diet ikan talapia merah adalah, ia merupakan spesis yang menapis makanan iaitu jenis-jenis plankton di dalam air sebagai salah satu sumber makanannya. Selain itu, ikan talapia merah ini juga memakan serangga kecil, anak-anak ikan yang kecil dan juga mikroorganisma kecil. Pembiakan ikan talapia merah ini adalah sepertimana spesis ‘cichlid’ afrika yang lain, ia menetas dan membesar di dalam mulut.
Kemudian, ikan jantan akan membina sarang dan mempertahankan kawasan yang sekitar dengannya. Ketika proses mengawan berlangsung, ikan betina akan mengeluarkan telur di dalam sarang yang dibina oleh ikan jantan. Kemudian, ikan jantan akan pula akan mengeramkannya seketika.
Selepas itu pula, ikan betina akan mengambil telur-telur tadi dan disimpan di dalam mulutnya sehinggalah proses menetas dan anak ikan akan membesar sedikit sebelum ia dikeluarkan. Proses ini akan mengambil masa dalam 3-4 hari.
Ikan Talapia Hitam
Asal usul ikan talapia hitam ialah, ikan ini juga digelar sebagai oreochromis mossambicus dan ia juga ada disebut sebagai ‘mozambique’. Ikan talapia hitam sangat popular sebagai ikan yang diternak bagi tujuan makanan. Hal ini kerana, ikan talapia hitam sememangnya adalah spesis ikan yang sangat terkenal dengan sifat yang lasak dan amat mudah untuk membiak dan dibiakkan.
Namun bagaimanapun, pada masa kini ikan ini semakin kurang diminati berbanding dengan ikan talapia jenis lain. Untuk habitat asal ikan ini adalah, ikan ini berasal dari benua afrika seperti Malawi, Mozambik, Zambia, Zimbabwe dan Afrika Selatan. Ianya diperkenalkan bagi tujuan pemakanan di seluruh dunia yang mana suhu dan persekitarannya bersesuaian dengan habitat asal ikan ini.
Di negara Malaysia, ikan ini boleh ditemui di parit-parit, sekitar sungai, lombong, tali air dan lain-lain lagi. Diet pemakanannya adalah sama seperti ikan talapia lain iaitu mikroorganisma kecil, anak-anak ikan kecil, serangga kecil dan ia juga menapis plankton di dalam air sebagai sumber makanannya. Pembiakannya antara betina dan jantan juga sama seperti spesis talapia lain dan mengambil masa antara 3 hingga ke 4 hari.
Ikan Talapia Biru
Asal Usul Ikan Talapia di Malaysia untuk jenis ikan talapia biru pula. Ikan ini sangatlah rare dan juga dikenali sebagai ikan talapia lsrael. Ia juga mempunyai nama saintifiknya iaitu oreochromis aureus. Ianya juga dijadikan sumber makanan di seluruh dunia. Ada juga yang membelanya sebagai ikan hiasan di dalam aquarium.
Ikan ini telah pun diperkenalkan untuk pembiakan di sekitar Benua Eropah, Amerika dan juga negara Asia seperti negara kita. Ikan Talapia biru ini merupakan ikan yang boleh ditemui di negara seperti Arab Saudi, Israel, Nigeria, Jordan, Mali, Chad, Sinegal dan beberapa negara lain di Benua Afrika dan Timur Tengah.
Di negara kita, ia boleh ditemui di hampir seluruh negeri di sekitar sungai, lombong, parit, paya, tali air dan lain-lain. Makanan utama untuk ikan ini ialah inverterbrata kecil, alga dan organisma kecil. Ia juga spesis yang garang terhadap ikan-ikan lain terutamanya ketika mereka mengawal anak. Pembiakannya juga sama seperti talapia lain dan ikan betina biasanya akan mencapai tahap matang apabila ukuran badannya sekitar 10 cm panjang.
Kesimpulannya
Untuk asal usul ikan talapia di Malaysia, berikut merupakan antara ikan-ikan yang terkenal di Malaysia dari segi ternakan atau pemasaran. Oleh itu diharapkan untuk artikel kali ini ianya dapat memberi anda pengetahuan tentang spesis ikan talapia yang terkenal di Malaysia.
Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:
Penutup
Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.
Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?
Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..
Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..
Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..
Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..
Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.
Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan Talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar Talapia ini? Mari ketahuinya..
Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang famous. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan Talapia yg mungkin belum anda ketahui!
Besarkah modal yg diperlukan untuk memulakan penternakan ikan tilapia? Baca perkongsian mengenai modal ternak ikan tilapia ini. Jom..
Kebanyakan rakyat Malaysia suka ikan ini. Tetapi apakah khasiat ikan Talapia? Adakah ia memberi manfaat kepada mereka yang suka memakannya?
Talapia merah menjadi kegemaran para penternak ikan air tawar. Sebagai bakal penternak, adakah korang tahu apakah makanan ikan talapia merah?