Ikan Talapia Tidak Selamat Dimakan?

Ikan talapia sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Isinya yang lembut, tidak hanyir dan boleh dimasak dengan kepelbagaian resepi telah menjadikannya antara spesis ikan yang menjadi tumpuan masyarakat. Tidak lama dahulu, sebuah video telahpun viral dan telah menggemparkan negara kita tentang ikan talapia yang bahaya untuk dimakan. Bagaimanapun video tersebut akan dijelaskan dengan terperinci di dalam artikel ini. Jadi, betulkah ikan talapia tidak selamat dimakan?

Ikan Talapia Tidak Selamat Dimakan?

Dari mana penulis artikel tersebut mendapat sumber yang mengatakan ikan talapia tidak selamat dimakan? Betulkan kenyataan tersebut? Untuk pengetahuan semua, artikel itu sudah dibukti bahawa ianya tidak betul. Hal ini kerana, ikan talapia yang diternak di negara Malaysia telah dipantau oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Aqualculture Residue Monitoring Program (ARMP) dan Sanitary and Phytosanitary (SPS Aquaculture).

Jelaslah disini, ikan talapia yang diternak di negara kita adalah selamat untuk dimakan dan tidak sesekali akan meningkatkan risiko keradangan mahupun mengandungi antibiotic mahupun racun perosak.

Selain itu, jika menurut kajian yang dilakukan pleh FAO, WHO, FAO, CODEX, USFDA pula, ikan talapia yang memakan pallet soya atau jagung yang diubahsuai tidak akan menyebabkan kesan yang negative kepada manusia. Manakala itu, DOF juga ada mengeluarkan garis panduan Amalan Akuakultur Baik agar penternak ikan talapia di negara Malaysia melakukan kaedah penternakan ikan air tawar dengan cara yang baik dan selamat.

Oleh itu, jangan risau untuk makan, menternak serta membuat pelaburan daripada ikan talapia kerana ianya sudah terbukti bahawa ikan talapia ini adalah selamat dimakan. Di dalam artikel ini akan diterangkan mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa ikan talapia tidak selamat dimakan. Namun begitu, kita janganlah terlalu percaya dengan cerita-cerita yang tidak benar sebelum ianya dibuktikan dengan kajian yang sah.

Video Viral

Adakah ikan talapia tidak selamat dimakan? Ada beberapa tahun lepas telah viral mengenai sebuah video di media sosial yang mendakwa bahawa ikan talapia tidak selamat dimakan. Sebuah klip video yang bertajuk “3 sebab kenapa anda perlu berhenti memakan ikan talapia”. Menurut video tersebut antara 3 sebab yang menyebabkan anda perlu berhenti memakan ikan talapia ialah ikan talapia akan meningkatkan risiko keradangan, mengandungi bahan pencemar karsinogenik yang menyebabkan kanser dan juga ianya terdedah dengan racun perosak serta antibiotik.

Namun begitu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telahpun mengeluarkan kernyataan rasmi bahaya mereka telah melaksanakan pemantauan dan mendapati tiada penggunaan makanan ikan yang dicampur dengan hormone dan agen penggalak tumbesaran yang diamalkan dalam industry perikanan ternakan ikan di Malaysia. Sebanyak 1059 ladang ternakan telah pun dipantau agar ikan bebas daripada sebarang kesan pencemaran dan selamat untuk dimakan.

Selain itu juga, di luar negara, penggunaan protein tumbuhan seperti soya dan jagung yang diubahsuai secara genetic ataupun genetically modified supaya dapat menggantikan sumber protein fishmeal telahpun mendapat kelulusan pihak berkuasa Norway dan juga kesatuan Eropah sejak 20 tahun yang lalu. Hal ini demikian, tiada kajian saintifik dapat dibuktikan dan laporan khusus dari pihak organisasi yang bertanggungjawab tentang dakwaan terhadap ikan talapia ini.

Oleh itu dakwaan mengenai ikan talapia akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti keradangan dan lain-lain yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah palsu dan tidak benar. Selain daripada itu, penggunaan antibiotic dan pestisid adalah dilarang sama sekali dalam industry ternakan akuakultur di Malaysia yang mana di bawah Peraturan Perikanan Akuakultur menyatakan bahawa penggunaan bahan seperti antibiotic, hormone dan agen penggalak adalah tidak dibenarkan. Penternak ikan di negara ini menggunakan garis panduan yang betul dalam menternak ikan talapia seperti yang telah ditetapkan oleh Amalan Akuakultur Baik (GAqP).

Mempunyai Lemak Berbahaya

Ada juga yang mengatakan bahawa ikan talapia mempunyai lemak yang berbahaya. Seperti kita tahu, kandungan lemak di dalam ikan talapia sangat tinggi. Itulah yang menjadikan dirinya lazat dan menyelarakan. Namun begitu, ada yang mengatakan ikan talapia ini mengandungi lemak yang berbahaya. Jadi adakah ikan talapia tidak selamat dimakan

Ada satu kajian mengatakan kandungan lemak berbahaya telah dikandungi ikan talapia sehingga kandungan lemak pada daging khinzir. Oleh itu, terlalu banyak pengambilan lemak akan menambah kadar kolesterol pada tubuh badan serta membuat tubuh menjadi sensitive dan mudah mendapat alergi. Namun begitu, sejauh manakah kebenaran ini? secara umumnya, ikan talapia yang dikatakan tersebut tidak disarankan pengambilannya kerana rata-rata habitat mereka telahpun dicemari pencemaran yang disebabkan oleh manusia.

Selain itu, ikan talapia yang disebutkan juga adalah lebih menjurus kepada ikan yang berasal dari perairan Eropah dan Amerika. Namun, bagi ikan talapia yang berada di perairan negara Malaysia, ikan-ikan tersebut disahkan selamat untuk diambil sebagai makanan.

Ikan Talapia dari China

China adalah pengeluar talapia terbesar di duni. Mereka menghasilkan lebih daripada 1.6 juta metric tan setiap tahun dan menyediakan majority import talapia dari Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beberapa laporan telah diterima yang mendedahkan beberapa butiran tentang amalan penternakan ikan talapia di ladang-ladang di China.

Laporan dari Amerika Syarikat ada mengatakan bahawa adalah perkara biasa untuk ikan yang diternak di China untuk diberi makan najis dari haiwan ternakan lain. Selain itu juga, beberapa laporan telah mendedahkan tentang adat di dalam pertanian talapia di China termasuklah penggunaan najis sebagai makanan dan penggunaan bahan kimia yang dilarang.

Jadi, adakah ikan talapia tidak selamat dimakan? Kerana ianya mempunyai najis dan bahan kimia yang dilarang? Oleh kerana amalan penternakan ini dilakukan di China, adalah seeloknya untuk kita mengelakkan dari mendapat ikan talapia dari China dan hanya mencari ikan talapia di perairan negara kita.

Kesimpulan

Kesimpulannya, adakah ikan talapia tidak selamat dimakan? Jawapannya tidak. Ikan talapia di negara kita adalah selamat untuk dimakan. Begitu juga dengan sistem penternakan ikan talapia di negara kita. Ianya telah dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab.

Sebab itulah pentingnya untuk kita mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menternak atau memulakan perniagaan ikan talapia. Selain itu, kita juga janganlah cepat percaya dan menerima sesuatu berita itu tanpa memeriksa adakah berita tersebut benar atau tidak.

Jadi, tidak perlulah ragu-ragu untuk kita memakan ikan talapia. Selagi ianya halal dan tidak mempunyai bahan beracun yang berbahaya, ianya selamat dimakan oleh masyarakat Malaysia.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

Panduan penternakan ikan tilapia dalam kolam

Penutup

Di Malaysia, 3 jenis talapia iaitu ikan talapia merah, ikan talapia hitam dan ikan talapia biru. Jom lihat asal usul ikan talapia di Malaysia..

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..

Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.

Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan Talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar Talapia ini? Mari ketahuinya..

Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang famous. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan Talapia yg mungkin belum anda ketahui!

Besarkah modal yg diperlukan untuk memulakan penternakan ikan tilapia? Baca perkongsian mengenai modal ternak ikan tilapia ini. Jom..

Kebanyakan rakyat Malaysia suka ikan ini. Tetapi apakah khasiat ikan Talapia? Adakah ia memberi manfaat kepada mereka yang suka memakannya?

Talapia merah menjadi kegemaran para penternak ikan air tawar. Sebagai bakal penternak, adakah korang tahu apakah makanan ikan talapia merah?

Leave a Comment

error: Content is protected !!