Khasiat Ikan Talapia

Kebanyakan rakyat Malaysia menyukai masakan ikan Talapia ini lebih-lebih lagi jika ia digoreng dan dimakan panas-panas bersama nasi putih dan sambal. Tetapi apakah khasiat ikan Talapia ini? Adakah ia memberi manfaat kepada mereka yang suka memakannya?

Khasiat ikan Talapia

Ikan Talapia merupakan ikan yang sangat istimewa dan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Di Malaysia, ramai yang menyukai ikan jenis ini. Terdapat tiga spesis ikan Talapia yang terkenal di Malaysia antaranya, ikan Talapia merah, ikan Talapia hitam dan ikan Talapia biru. Ikan Talapia mempunyai peminat tersendiri di kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi artikel ini kita akan mebincangkan mengenai khasiat ikan Talapia dan akan dimasukkan juga beberapa manfaat daripada khasiat ikan Talapia kepada tubuh badan manusia. Antara khasiat ikan Talapia adalah:

Mempunyai Khasiat Zat Besi

Ikan Talapia sangat berkhasiat kepada pemakannya kerana ianya mempunyai banyak khasiat zat besi. Walaupun kebanyakan ikan di pasaran tidak mempunyai kandungan zat besi yang banyak, tetapi ia sangat berbeza dengan spesis ikan Talapia ini. Ikan Talapia juga ialah salah satu spesis ikan yang mampu untuk memberi kita nutrient zat besi kepada tubuh badan.

Zat besi sangatlah diperlukan di dalam badan setiap manusia kerana ia digunakan untuk sel darah merah kita bagi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Jika tubuh badan kita mengalami kekurangan zat besi, kita meungkin boleh menghidapi penyakit anemia.

Oleh itu, jika anda ingin menambah sel darah merah di dalam badan, makanlah ikan Talapia juga produk yang berasaskan ikan Talapia. Ianya sangat baik dan berguna untuk kesihatan tubuh badan kita.

Kandungan Protein yang tinggi

Selain daripada khasiat zat besi, ikan Talapia juga kaya dengan kandungan protein yang sangat tinggi dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Ikan Talapia mempunyai sumber protein yang sangat banyak dan kandungannya sama tinggi seperti kandungan protein yang terdapat pada ayam.

Oleh kerana ini jugalah, ikan Talapia digelar sebagai ‘ayam versi akuatik’ hal ini khasiatnya sama seperti ayam. Ianya juga sangat senang diternak sama seperti ayam. Kajian ada mengatakan bahawa ikan Talapia secara umumnya mengandungi enam kali lebih banyak sumber protein berbanding dengan susu.

Hal ini demikian, jika anda seseorang yang tidak menggemari atau tidak boleh memakan ayam, anda boleh menggantikan pemakanan anda dengan ikan Talapia supaya dapat menggantikan jumlah pengambilan protein di dalam badan anda.

Sumber Vitamin dan Mineral yang Baik

Selain daripada itu, khasiat ikan Talapia yang lain ialah ikan ini mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh badan manusia. Ia mempunyai kandungan seperti omega-3, selenium, kalium, niacin dan lain-lain. Semua khasiat ini adalah sangat berguna kepada tubuh badan kita.

Kebaikan Niacin

Niacin (asid nikotinik, vitamin B3) dikatakan berupaya mencegah penyakit kardiovaskular kerana Niacin dikenalipasti dapat mengurangkan kolesterol dalam darah,yakni salah satu faktor risiko yang utama penyakit kardiovaskular. Terapi niacin jangka panjang dianggap dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko strok. Dalam erti kata lain, pengambilan ikan talapia dalam jangka masa panjang adalah baik untuk mengurangkan risiko.

Selain itu juga, ikan Talapia mempunyai nutrient vitamin B12 yang sangat baik untuk kesihatan badan manusia. Jadi, untuk mereka yang inginkan otak yang bijak dan pandai, makanlah ikan Talapia banyak-banyak kerana ia mempunyai khasiat omega-3 yang sememangnya baik untuk otak anda.

Kandungan Kalsium yang sangat banyak

Selain daripada sumber vitamin dan mineral yang sangat berguna kepada kesihatan tubuh badan manusia, khasiat ikan Talapia juga ialah ikan ini mengandungi jumlah kalsium yang sangat banyak dan baik kepada tubuh badan. Kalsium merupakan salah satu nutrisi dan kandungan mineral yang sangat penting untuk menguatkan tulang dan pembentukan otot kita.

Selain daripada pengambilan susu atau supplement kesihatan yang lain, anda juga boleh mendapatkan khasiat kalsium dengan hanya memakan ikan Talapia. Menurut sebuah website yang bernama Nutrition Value, 100-gram untuk ikan Talapia mengandungi lebih kurang 10 miligram kalsium iaitu hampir banyak dengan kandungan kalsium di dalam ikan tuna.

Oleh itu, jika anda tidak gemar meminum susu atau produk yang mengandungi kalsium yang lain anda boleh mengambil kalsium dengan hanya memakan ikan Talapia.

Keseluruhannya, ini merupakan beberapa khasiat ikan Talapia yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Oleh itu, mari kita mengetahui apakah manfaat yang boleh kita perolehi berdasarkan khasiat ikan Talapia yang kita bincangkan di atas. Antara manfaat yang boleh kita dapat dari khasiat ikan Talapia ialah:

Membantu pembentukan otot tubuh badan

Ikan Talapia adalah merupakan salah satu makanan sumber protein dan juga omega-3. Protein memiliki peranan yang penting sebagai bahan utama untuk membentuk jaringan tubuh badan termasuklah otot. Sementara itu omega-3 berperanan untuk menambah tenaga dan stamina tubuh badan.

Untuk manfaat ini diperolehi secara maksimum, anda juga perlu melakukan latihan olahraga atau latihan fizikal seperti bersenam, angkat berat, push up dan sebagainya agar ianya berkesan dalam membentuk otot anda.

Menjaga Kesihatan Jantung

Selain itu, manfaat ikan Talapia adalah ia dapat menjaga kesihatan jantung anda yang didapati daripada asam lemak omega-3. Ianya juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam sistem kardiovaskular manusia. Selain itu juga, asam lemak omega-3 ini juga dapat membantu dari mencegah aterosklerosis, serangan jantung dan juga strok.

Manakala itu, kandungan kalium yang ditemui di dalam ikan Talapia juga merupakan vasodilator yang mampu untuk mengurangi tekanan darah, sehingga dapat menjadi pendorong tambahan untuk kesihatan jantung.

Membantu Kesihatan Otak

Apa yang menarik lagi mengenai manfaat ikan Talapia ialah, nutrisinya yang seperti kalium dan kandungan omega-3 dapat membantu anda meningkatkan kekuatan otak dan juga peningkatan fungsi neurologis. Kalium juga berperanan untuk meningkatkan kadar oksigen dari tubuh kepada otak dan akan menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh.

Oleh itu, ia dapat berfungsi untuk mencerdaskan dan memberi tenaga yang cukup untuk otak anda.

Membantu dalam penyembuhan luka

Ada juga kajian yang mengatakan, selain daripada ikan Talapia dapat dimakan, kulit ikan Talapia juga mempunyai kandungan kolagen sehingga dapat digunakan dalam medium perubatan. Kandungan kolagen itu dapat memberikan kesan dalam melembabkan kulit dalam masa yang panjang selain sangat cukup dan efektif dalam mengubati kulit yang terdapat kesan terbakar atau melecur.

Berdasarkan hasil penelitian pada Federal University of Caera di Brazil Selatan telah menunjukkan bahawa kulit ikan Talapia ini memiliki kadar kelembapan yang tinggi. Selain itu kadar kolagen yang beresisten tinggi terhahap penyakit.

Oleh disebabkan itu, kulit ikan Talapia sangat efektif dalam proses penyembuhan dan mengurangi rasa sakit ketika saat seseorang itu dirawat.

Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan

Selain daripada itu, kandungan selenium yang terdapat pada ikan Talapia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan pada tubuh badan. Selenium juga dapat meningkatkan perjalanan sel darah putih sehingga tubuh badan menjadi lebih kuat dalam mencegah penyakit.

Oleh disebabkan itu, selenium juga merupakan salah satu mineral yang mempunyai sifat antioksidan. Tidak hanya itu, antioksiden tersebut dapat melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh sehingga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Kemudian, selenium juga sangat berguna bagi kulit yang bakal terjadi anti-anti penuaan seperti kulit kendur, tompok hitam atau kerepot.

Membantu Menguatkan dan Memelihara Kesihatan Tulang

Akhir sekali, manfaat yang boleh kita dapati dari khasiat ikan Talapia ialah, kandungan kalsium di dalam ikan Talapia juga dapat membantu dan memelihara kesihatan tulang. Kalsium merupakan salah satu nutrisi yang penting dalam memperkuatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang.

Ianya juga dapat membantu tubuh badan kita dalam mencegah osteoporosis seiring bertambahnya usia.

Kesimpulannya

Demikianlah antara beberapa khasiat dan manfaat yang boleh kita peroleh dengan memakan ikan Talapia. Ikan Talapia bukan sahaja enak malah kaya dengan khasiatnya yang tersendiri dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

bisnes penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..

Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.

Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan Talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar Talapia ini? Mari ketahuinya..

Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang famous. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan Talapia yg mungkin belum anda ketahui!

Besarkah modal yg diperlukan untuk memulakan penternakan ikan tilapia? Baca perkongsian mengenai modal ternak ikan tilapia ini. Jom..

Leave a Comment

error: Content is protected !!