Makanan Ikan Talapia Merah

Ikan Talapia Merah atau nama saintifiknya Oreochromis niloticus adalah salah satu spesis atau sejenis ikan air tawar yang sangat terkenal di Malaysia. Ikan Talapia Merah menjadi kegemaran para penternak ikan terutamanya penternak ikan air tawar. Sebagai bakal penternak, adakah korang tahu apakah makanan ikan talapia merah?

Makanan Ikan Talapia Merah

Bermacam cara digunakan oleh penternak dalam menternak ikan talapia, antaranya ternakan dalam sangkar dan dalam sistem kolam kanvas. Hal ini digunakan oleh para penternak kerana mampu memberikan keuntungan dan hasil yang lumayan. Hal ini juga dibuktikan apabila ikan talapia merah ini dipasarkan dengan dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan ikan mati.

Ikan yang dijual dengan cara hidup akan mendapat harga yang lebih tinggi daripada ikan yang dijual mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00 hingga RM 4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM 5.00 hingga ke RM 6.00 sekilogram.

Pemberian makanan ikan

Bagi kadar pemberian makanan ikan talapia merah, kadar pemberian makanan ini berubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar yang kian bertambah.

Cara yang lebih baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan talapia bagi setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan.

Kemudian, akan dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5 peratus dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

Makanan ikan talapia merah haruslah mengikuti jadual agar dapat memastikan tumbesaran ikan talapia berlaku dengan baik. Tetapi bagaimana ingin tahu ikan talapia itu cukup makan atau tak cukup makan?

Kebiasaannya, kaedah yang sering digunakan oleh penternak ikan talapia adalah kaedah 10 peratus. Iaitu bermaksud, memberi makanan 10 peratus daripada berat seekor ikan talapia. Sebab itu kaedah ‘timbang berat’ dijalankan. Apabila anda sudah menimbang berat ikan talapia tersebut, ini akan memudahkan pengiraan dibuat.

Oleh itu bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk menternak ikan talapia merah, pasti anda tertanya-tanya apakah makanan yang sesuai untuk diberikan kepada ikan ini? Untuk pengetahuan, ikan talapia merupakan spesis ikan air tawar yang tidak cerewet terhadap pemakanan.

Di dalam artikel ini akan dijelaskan mengenai makanan ikan talapia merah yang senang diperolehi dan memudahkan para penternak ikan air tawar ini. Anda boleh memberi makanan ikan talapia merah bahan-bahan berikut:

  • perut ayam
  • makanan pallet
  • roti-roti kilang yang telah rosak

Kita akan lihat satu persatu..

Perut Ayam

Antara makanan ikan talapia merah yang agak murah dan mudah didapati adalah perut ayam. Harga perut ayam lebih murah jika dibandingkan dengan makanan pallet. Tambahan lagi, perut ayam juga mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi dan ianya sangat baik untuk membantu dan mengembangkan tumbesaran ikan talapia merah.

Selain itu juga ianya menjadi satu kelebihan bagi penternak yang ada membela ayam. Jika ayam mereka disembelih, perut ayam itu boleh digunakan untuk menjadi makanan ikan talapia merah. Perut ayam juga boleh didapati di market-market basah. Ianya memudahkan para penternak untuk memperolehinya dan menggunakannya untuk makanan ikan talapia.

Namun begitu, makanan perut ayam ini juga terdapat kelemahannya iaitu, jika mahu dibandingkan dengan khasiat, perut ayam adalah kurang berkhasiat jika mahu dibandingkan dengan makanan pallet kerana perut ayam ini tiada pertambahan vitamin di dalam kandungannya. Selain itu, ianya juga tidak boleh disimpan dalam keadaan yang lama kerana akan berubah menjadi busuk.

Lebih-lebih lagi, jika dicampakkan ke dalam kolam, air kolam akan menjadi cepat kotor, busuk dan berminyak ianya mungkin akan menjejaskan keadaan sekeliling ikan talapia merah.

Pallet ikan

Seterusnya, salah satu makanan ikan talapia merah adalah makanan pallet. Pallet ikan merupakan makanan ikan talapia merah yang paling popular yang sering diberikan oleh penternak ikan talapia. Hal ini dikatakan kerana, makanan pallet merupakan makanan ikan talapia yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin.

Makanan ikan jenis pallet ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu jenis starter, grower dan finisher. Yang mana starter adalah makanan yang mengandungi protein yang paling tinggi diikuti oleh grower dan terendah sekali adalah finisher. Makanan pallet ini bersifat ringan. Hal ini bermaksud, apabila ia ditaburkan di dalam air atau permukaan kolam, ia akan terapung.

Oleh itu, butiran pallet yang terapung ini akan memudahkan ikan talapia merah untuk memakan pallet-pallet yang terapung tersebut. Selain itu juga, pallet ini juga dicipta daripada bahan yang tidak mudah untuk larut di dalam air. Jadi ia akan mengurangkan risiko kotoran di dalam kolam ikan talapia seterusnya dapat menjaga kebersihan dan persekitaran kolam ikan talapia merah.

Namun itu, pallet ikan ini juga tidak ketinggalan dengan kelemahannya yang tersendiri. Kelemahannya pallet ikan ialah semestinya adalah harga. Pallet ikan ini boleh didapati di kedai-kedai penternakan namun begitu, penternak harus pandai mencari harga pallet ikan yang terbaik. Boleh dikatakan, harga untuk seguni pallet ikan yang beratnya ialah 20 kg adalah lebih kurang RM 100. Dan harga ini naik dari semasa ke semasa.

Harga ini juga tidak tetap. Ianya bergantung kepada lokasi pallet ini dijual. Seperti yang dikatakan, penternak perlu bijak dalam mencari dan menilai harga pallet ikan di lokasi yang mana satu lebih berbaloi dan murah.

Roti-roti

Selain daripada pallet dan perut ayam, roti juga merupakan salah satu makanan yang boleh diberikan kepada ikan talapia merah. Jika penternak sudah kehabisan pallet makanan dan belum berkesempatan untuk membelinya, penternak boleh memberi roti sebagai ganti untuk melengkapkan jadual makanan ikan talapia merah.

Ianya sesuai jika penternak ingin mengurangkan kos makanan kerana roti harganya lebih murah daripada pallet dan perut ayam. Lebih-lebih lagi jika roti itu telah tamat tempoh. Daripada dibazirkan, roti itu boleh diberikan kepada ikan talapia. Namun begitu, sama seperti perut ayam, roti juga kurang khasiatnya untuk ikan talapia merah.

Tambahan lagi apabila roti tersebut sudah dicampakkan ke dalam air dan mengembang. Kesannya, air kolam akan mudah menjadi kotor dan juga berbau. Walaupun demikian, ikan-ikan talapia ini kurang meminati roti. Tetapi, seperti ikan-ikan lain, ikan-ikan ini akan tetap makan apabila sudah ketiadaan sumber makanan lain.

Namun begitu, seeloknya berilah ikan talapia yang diternak itu dengan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin untuk menjaga tumbesaran ikan talapia itu.

Kesimpulannya

Makanan-makanan ikan talapia merah yang disebutkan di atas adalah makanan yang kebiasaannya para penternak berikan kepada ikan talapia mereka. Namun begitu, tetap disarankan untuk memberi makanan pallet kepada ikan talapia untuk memastikan kesihatan dan tahap tumbesaran ikan talapia berkembang baik.

Ikan talapia merah yang berjaya diternak akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada penternak. Ianya juga dapat memberikan rezeki yang cukup kepada ahli keluarga penternak. Ikan talapia merah boleh dimasak dengan bermacam-macam lauk yang menyelerakan.

Oleh itu, jika seseorang itu berkeinginan untuk menternak ikan talapia merah, disarankan untuk belajar dan mengkaji asas penternakan ikan air tawar ini terlebih dahulu.

Panduan Penternakan Ikan Tilapia

Untuk panduan penternakan ikan tilapia yg lebih lengkap, korang boleh baca panduan di bawah:

bisnes penternakan ikan tilapia

Penutup

Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..

Makanan yang sihat disarankan untuk ibu mengandung. Ikan tilapia untuk ibu mengandung / berpantang boleh memberikan si ibu pelbagai kebaikan.

Mengapakah ramai yg begitu obses dalam penternakan ikan Talapia? Dan apakah kelebihan penternakan ikan air tawar Talapia ini? Mari ketahuinya..

Ikan Talapia merupakan ikan air tawar yang famous. Kali ini, kita akan meneliti 10 fakta menarik ikan Talapia yg mungkin belum anda ketahui!

Besarkah modal yg diperlukan untuk memulakan penternakan ikan tilapia? Baca perkongsian mengenai modal ternak ikan tilapia ini. Jom..

Kebanyakan rakyat Malaysia suka ikan ini. Tetapi apakah khasiat ikan Talapia? Adakah ia memberi manfaat kepada mereka yang suka memakannya?

Leave a Comment

error: Content is protected !!